25.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 1, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Faisal Halim Stabil Selepas 10 Hari di ICU Pasca Pembedahan Kedua

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan selamat menjalani pembedahan keduanya di sebuah hospital swasta di Shah Alam malam tadi.

    Berada di ICU 10 hari

    Terbaharu, tonggak utama Selangor FC itu berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam.

    Faisal Halim telah selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama 3 jam petang tadi (Selasa) dan keadaannya makin stabil.

    Sementara itu, Faisal dikhabarkan akan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sekurang-kurangnya 10 hari bagi mendapatkan rawatan susulan.

    Mendapat perkhabaran pembedahan hari ini berjalan lancar namun Faisal Halim masih berada dalam pemantauan rapi di ICU.

    Faisal dijangkan akan berada 10 hari di ICU serta jalani beberapa lagi pembedahan lain.

    Terdahulu, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan beliau sempat berjumpa dengan pemain berusia 26 tahun itu sebelum menjalani pembedahan kedua kira-kira jam 5.30 petang Selasa.

    Menurut Shahril, Faisal kirim salam pada semua sahabatnya dan meminta orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buatnya.

    Saya baru sahaja melawat Faisal, Alhamdulillah dia sedar dan stabil.

    Jadi kita doakan supaya pembedahan kedua akan berjalan lancar. Saya sempat jumpa Faisal, dia kata doakan dia supaya dia cepat sembuh dan kirim salam kepada kawan-kawan.

    Sekadar info, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

    MENARIK:  Izara Aishah Tidak Boleh Mengawal Emosinya, Marah Dengan Kes Pembunuhan Zulfarhan - 'Kaya Tetapi Jahat, Bertuhankan Gaya'

    Untuk rekod, kejadian khianat menimpa pemain bola sepak ini bermula apabila pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid telah disamun dan dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.

    Terbaharu, pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Safiq Rahim pula menjadi sasaran apabila kereta miliknya diserang oleh dua individu dengan menggunakan tukul besi berhampiran Pusat Latihan JDT.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.