26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Erissa Puteri Tak Anggap Adik Ipar ‘Overshadow’, Minta Netizen Henti Kecam – ‘Saya Tahu Dia Akan Pakai’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Penyanyi dan pelakon, Erissa Puteri tampil mempertahankan adik iparnya yang memakai ‘veil’ tudung sewaktu majlis pernikahannya bersama suami, Muhamad Danial Iskandar pada Jumaat.

    Tak rasa adik ipar ‘overshadow’

    @dmzmahfuzah My heart is full , watching you step into this new chapter fills me with pride and love. Tears of joy running down my cheeks. #DanialxErissa ? #DElovestory ? Satu Shaf Dibelakangku – Arvian Dwi

    Menerusi hantaran di TikTok, Erissa atau nama lengkapnya Erissa Puteri Hashim menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang meluahkan rasa risau akan penerimaannya.

    Walau bagaimanapun, Erissa berkata, dia tidak merasakan pemakaian adik iparnya itu terlalu menonjol sehingga ‘overshadow’ dirinya di majlis pernikahan.

    Pertamanya, terima kasih kepada semua kerana memikirkan tentang perasaan saya mengenai isu ini.

    Saya tidak merasakan adik ipar saya telah ‘overshadow’ saya dan saya sangat mengaguminya.

    Saya sangat okay dengan pemakaian adik ipar saya pada ketika itu.

    Ambil maklum pemakaian adik ipar

    Dalam pada itu, bekas peserta Ceria Popstar turut meluahkan rasa tidak setuju terhadap tindakan segelintir netizen yang teruk mengecam adik iparnya.

    Jelas Erissa, dia dan suaminya telah menetapkan etika pemakaian setiap tetamu dan mengambil maklum tentang apa yang hendak dipakai adik iparnya.

    Saya dan Danial yang menetapkan warna putih sebagai warna tema kepada semua tetamu dan saya tahu adik ipar akan mengenakan ‘veil’ pada hari tersebut.

    Adik ipar juga ada bertanya pendapat saya dan dia mengenakan ‘veil’ atas dasar hormat kepada majlis.

    Dia juga menangis kegembiraan kerana abangnya mendirikan rumah tangga.

    Di akhir perkongsian, penyanyi berusia 22 tahun itu menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk berhenti meninggalkan kata negatif terhadap adik iparnya.

    MENARIK:  Watie Mohon Maaf Kerana Membandingkan Uwais Dengan 'Orang Asli', Tiada Niat Untuk Menghina Kaum Lain

    Terdahulu, adik perempuan Danial mencuri tumpuan apabila dilihat mengenakan ‘veil’ ketika majlis perkahwinan abangnya dengan Erissa.

    Sekadar info, Erissa Puteri selamat bergelar isteri kepada Danial di sebuat hotel mewah di Kuala Lumpur pada 11 pagi Jumaat.

    Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah, Dr Adam dalam sebuah majlis bertemakan serba putih.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.