30 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Emma Maembong & Shazli Sudah Bercerai, Terima Keputusan Dengan Matang – ‘Saya Cubakan Menutup Kisah Peribadi Sebaik Mungkin’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Emma Maembong

    Tiada angin tiada rebut, pelakon Emma Maembong mengesahkan sudah berpisah dengan suami, Muhammad Shazli Azhar.

    Sah bercerai

    Emma Maembong

    Memetik laporan Harian Metro, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32, berkata mereka berpisah secara baik.

    Menyedari kemelut rumah tangga menjadi bualan di forum gosip, aktres itu bagaimanapun memilih pendekatan mengunci mulut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

    Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah.

    Biarpun sudah berpisah, Emma berkata, dia masih berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana tidak mahu mengganggu emosi anak-anak.

    Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini.

    Sebenarnya tujuan saya masih memuat naik foto bersama bekas suami di Instagram hanyalah untuk menjaga emosi anak-anak supaya mereka tidak terkesan dengan perpisahan ini. Saya nak anak-anak saya melihat keluarganya masih bahagia.

    Hubungan dengan suami baik

    Emma Maembong

    Dalam pada itu, kakak kepada Chacha Maembong ini bagaimanapun tidak mahu berkongsi secara terperinci bilakah tarikh dia diceraikan.

    Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu saya mengambil langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman.

    Namun, disebabkan hari ini saya menerima panggilan anda (media), saya rasa sudah tiba masanya untuk beritahu kepada umum supaya tidak lagi ditanya.

    Saya akui perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dugaan yang perlu ditempuh.

    Berkongsi lanjut, Emma bersyukur hubungannya dengan bekas suami masih baik dan masing-masing reda apabila ikatan perkahwinan terlerai selepas empat tahun bersama.

    Walaupun sudah tidak bersama, hubungan kami masih baik. Masing-masing terima perceraian ini dengan berlapang dada dan matang. Kami juga anggap dugaan ini sebagai satu proses untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

    Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap buat aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami.

    Jodoh rahsia Allah

    Sementara itu, Shazli reda dengan takdir yang sudah tertulis dan menyifatkan urusan jodoh serta pertemuan adalah rahsia Allah.

    Kita cuma mampu merancang, namun soal jodoh, ajal semua di tangan Tuhan. Allah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

    Imbas kembali, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

    MENARIK:  Perintah Untuk Mengunci Tarikh Awal Jika Ditanya Mengenai Pembayaran Akan Ditolak Saja

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.