Penyanyi dan usahawan Elliza Razak tampil memohon bantuan orang ramai berikutan berdepan dengan masalah kewangan yang serius.
Perkongsian Elliza
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Elliza berkata, dia memerlukan sejumlah wang untuk menyelesaikan satu perkara yang sangat penting selepas ada pihak yang didakwa tidak bertanggungjawab bertindak melepaskan tangan.
Sekarang saya amat memerlukan satu jumlah yang besar untuk selesaikan masalah yang memberi bebanan sebelum saya bercerai lagi.
Saya perlukan RM8,300 untuk selesaikan sesuatu yang sangat urgent.
Sepatutnya saya tak meminta begini, namun oleh sebab si polan yang tak ada rasa tanggungjawab ini masih belum menjelaskan apa yang sepatutnya.
Sebenarnya total RM20k, itu pun kira dah lebih kurang.
Elliza diugut?
Dalam masa yang sama, bekas peserta program Akademi Fantasia 3 itu turut mendakwa ada pihak yang bertindak mengugut diriya.
Justeru, Elliza meminta jasa orang ramai untuk membeli produk wangiannya bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Jauh sekali saya meminta derma, tetapi saya minta jasa baik awak semua untuk sokong perniagaan saya.
Ada pihak yang masuk campur dan ugut saya macam-macam.
Saya ini nak menanggung dua orang anak saya sepenuhnya dan pihak bertanggungjawab hilang tanpa rasa bersalah.
Harap dapat sokong saya, supaya saya dan anak-anak tak merempat disebabkan kesalahan si polan berkenaan.