28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 18, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Elizabeth Tan Menangis, Seorang Lelaki Doa Dikurniakan Zuriat

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan tidak dapat menahan air mata apabila mengetahui seorang lelaki mendoakan kesejahteraannya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elizabeth Tan Terpaksa ‘PJJ’, Suami Bertugas Di Perak Sejak Januari – ‘Ada Ruang Untuk Kami Saling Merindui’

    Artikel Berkaitan: Elizabeth Tan Sedih Keguguran Anak Pertama Februari Lalu – ‘Tak Tahu Bila Lagi Saya Akan Hamil’

    Khusus untuk Elizabeth

    View this post on Instagram

    A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

    Menerusi sebuah hantaran, seorang pengguna Threads memberitahu, seusai mendirikan solat di masjid dia terdengar seorang lelaki dengan penuh keikhlasan mendoakan aktres tersebut.

    Semalam berbuka puasa kat masjid Putrajaya, selepas solat ada seorang lelaki sebelah saya ini doa untuk Elizabeth Tan, ‘kurniakanlah Elizabeth Tan anak..berikanlah kebahagiaan kepada dia..’

    Panjang doa tu, saya dengar pun sebak sebab doa dia ikhlas sangat walaupun mereka berlainan agama. Sungguh-sungguh dia minta.

    Dia doa perlahan sahaja tapi kami duduk rapat jadi saya dengar apa yang dia doa.

    Awak sangat bertuah Elizabeth sebab ada orang doakan awak.

    Elizabeth atau nama lengkapnya Elizabeth Tan Su Mei kemudian membalas hantaran tersebut dengan rasa sangat terharu sehingga menitiskan air mata.

    Menangis saya baca, terima kasih kerana beritahu saya.

    Saya sangat menghargainya. Ya, saya sangat bertuah dan rasa disayangi.

    Doa Hari Arafah

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Elizabeth sebagai seorang yang bertuah kerana doa tersebut dibaca pada salah satu hari yang dimakbulkan doa iaitu pada Hari Arafah.

    MENARIK:  Mengenai Pentingnya Mengetahui Nilai Diri Sebagai Seorang Content Creator: Dr Say Dibayar RM10,000 Untuk Hadir Di Majlis Selama 4 Jam

    Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu dikurniakan zuriat suatu hari nanti.

    Sekadar info, Elizabeth dan suami, Siew Jim mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

    Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-33 itu juga pernah mengalami dua kali keguguran.

    Sumber: Threads

    The post Elizabeth Tan Menangis, Seorang Lelaki Doa Dikurniakan Zuriat first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.