Pelakon, Elisya Sandha memaklumkan dirinya berdepan cabaran melampau sewaktu tempoh berpantang apabila mengalami komplikasi luka pembedahan Caesarean Section (C-Sect) selepas dua minggu melahirkan anak keduanya.
Artikel Berkaitan: Elisya Sandha Selamat Bersalin Anak Kedua, Pilih Nama Bahtera Elhaq
Pergerakan terbatas
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Elisya atau nama lengkapnya Nur Elisya Sandha Hassan berkata, situasi itu membuatkan dirinya kemurungan kerana pergerakannya terbatas.
Saya pun baru saja habis pantang, cukup 44 hari semalam (Isnin).
Pengalaman berpantang saya sangat ‘down’ dan menyedihkan sebab banyak sangat perkara yang terjadi.
Apa yang saya boleh kongsikan ialah penyebab saya ‘down’ adalah kerana tempat pembedahan saya ‘C-section’, ada luka dan jangkitan kuman.
Duduk tak kena, baring tak kena, berjalan tak kena, semualah tak kena. Jadi, perkara itu sangatlah mengganggu selama saya berpantang.
Dah hujung-hujung berpantang itu baru saya okay dan ada semangat. Kalau tidak, dia jadi macam ‘depression’.
Walau bagaimanapun, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini memilih untuk tidak memaklumkan perkara itu kepada ibu dan ibu mentuanya kerana tidak mahu mereka risau.
Cuma sedih mengenai kesihatan diri sebab gerakan saya terbatas. Lagipun, saya dah ada dua orang anak, dua tanggungjawab.
Saya pilih tidak beritahu ibu mentua dan ibu saya mengenai kesihatan sebab tidak mahu orang risau kecuali suami sebab dia duduk dengan saya hari-hari nampak muka, tahu tak okey.
Elisha berkongsi perkara tersebut ketika tayangan perdana filem ‘Citra Apartment’ yang diadakan di GSC IOI Mall Damansara pada Selasa.
Syukur dapat sokongan suami

Dalam pada itu, Elisya yang kini berusia 26 tahun meluahkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada suami tercinta, Uzair Haqimy Azman.
Saya dapat sokongan yang sangat kuat daripada suami saya dan sudah tentu bila tengok anak-anak, hilanglah rasa kesakitan itu.
Saya juga sangat bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan daripada orang sekeliling saya.
Pada Mei lalu, Elisya selamat melahirkan cahata mata keduanya yang diberi nama Bahtera Elhaq.
Selain Bahtera, Elisya juga memiliki anak perempuan iaitu Bunga Elhaq yang kini berusia tiga tahun.
Terdahulu, Elisya dan Uzair selamat bergelar suami isteri pada Ogos 2021.
The post Elisya Sandha Stres Ketika Berpantang, Syukur Dapat Sokongan Suami – ‘Tempat Pembedahan Luka & Jangkitan Kuman’ first appeared on OHBULAN!.