27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 25, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Elfira Loy Mengambil Langkah Pertama Sebelum Berhijrah dengan Memakai Tudung Kerana Takut Lalai – ‘Peringatan Bagi Diri Saya’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon Elfira Loy berkongsi langkah yang diambil sebelum membuat keputusan berhijrah ke arah lebih baik.

    Artikel berkaitan: ‘Inilah Suami Saya, Takut Ada Orang Lain Lupa Dia Suami Orang’ – Elfira Loy

    Artikel berkaitan: Elfira Loy Selar Tindakan Individu Kongsi Video Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Makkah – ‘Boleh Mengundang Fitnah’

    Bermula dengan baca buku ilmiah

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Elfira bermula dengan membaca buku-buku ilmiah dan terdetik perasaan takut akan akhirat.

    Langkah pertama saya adalah baca buku ilmiah sebenarnya. Saya banyak membaca selama tiga tahun. Lepas itu, saya buat keputusan untuk memakai tudung.

    Masa tu saya rasa, saya takut kalau saya tak pakai tudung saya akan buat benda-benda tak syok sebab ada orang kata umur 21 tahun dah dapat kebebasan. Tapi waktu tu saya rasa takut jadi saya pakai tudung.

    Dengan pakai tudung inilah sebenarnya mendorong saya untuk menjadi lebih baik. Walaupun masih belum sempurna.

    Dalam pada itu, Elfira berkata, dia membuat keputusan untuk memakai tudung sebagai peringatan untuk tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

    Tapi ia adalah peringatan buat saya, jadi saya suka pakai tudung. Ni jelah yang buat saya rasa saya buat ni sebab Allah bukan sebab orang ke sebab ibu bapa ke tapi untuk diri sendiri.

    Jadi jawapan dia, saya rasa langkah pertama adalah kena takut dosa dan akhirat.

    Sekadar info, Elfira mula membuat perubahan memakai tudung pada tahun 2015 dan sebelum mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019.

    MENARIK:  Pelakon 'Squid Game' Disabitkan dengan Hukuman Penjara Selama Lapan Bulan

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.