Kemenangan lagu Cinta Setandan Pisang bagi kategori Lagu Etnik Terbaik menjadi karya berbahasa Kelantan pertama yang berjaya membawa pulang trofi Anugerah Industri Muzik 24 (AIM24).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eda Ezrin Kongsi Keadaan Di Penjara Thailand -‘Boleh Beli Biskut & Make Up’
Artikel Berkaitan: Eddie Hamid Syukur Eda Ezrin Dibebaskan – ‘Doa Saya Ketika Umrah Dimakbulkan Allah SWT’
Artikel Berkaitan: ‘Eda Ezrin Semakin Kurus, Selalu Merintih’ – Bapa
Lagu Kelantan pertama

Komposer lagu nyanyian Eda Ezrin iaitu Eddie Hamid, meluahkan rasa syukur dan terharu dengan kejayaan tersebut.
Malah, pemilik nama Eddie Hamid Adenan, 63, turut memberi bayangan bakal mengeluarkan single baru tidak lama lagi.
Alhamdulillah, ini lagu Kelantan Pertama yang menang AIM.
Tunggu ada sambungan lagu Adik Sayang Abe Sore.
Sementara itu, Den Manjo berkata, penghargaan utama diberikan kepada rakan duetnya, Eda Ezrin. Selain itu, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan orang ramai.
Eda Ezrin, ini untuk anda.
Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan terhadap lagu dialek Kelantan. Teruskan menyokong
Bagaimanapun, kelibat Eda atau nama lengkapnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, tidak kelihatan bagi menerima anugerah tersebut.
Kemenangan melayakkan mereka membawa pulang trofi dan RM50,000 peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures (MyCV).
Lagu Cinta Setandan Pisang menewaskan lagu Menyantun Kasih nyanyian Siti Nordiana, Magis (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kalam (Shiha Zikir) dan Oh Huminodun (Elica Paujin).
The post Eda Ezrin & Den Manjo Rangkul Lagu Etnik Terbaik Di Pentas Anugerah Industri Muzik Ke-24 – ‘Lagu Kelantan Pertama Yang Menang’ first appeared on OHBULAN!.