29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 19, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Dulu Kecam Artis Kurang Agama, Kini Cornstar Diangkat’ – Aqasha

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon dan penyanyi, Aqasha meluahkan rasa kecewa terhadap situasi sosial masa kini yang dilihat semakin parah apabila sesetengah masyarakat mengangkat individu yang menormalisasikan kandungan tidak bermoral.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nyanyi Lagu ‘Ku Cari Damai Di Hati’, Suara Aqasha Bikin Netizen Terpegun – ‘Rindu Nak Tengok Dia Perform’

    Artikel Berkaitan: Aqasha Coret Ucapan Istimewa Untuk Isteri Sempena ‘Anniversary’ Ke-14 – ‘Terima Kasih Jadi Isteri Yang Patuh & Setia’

    Kecewa

    Menerusi perkongsian di TikTok Story, pemilik nama Firdee Akasyya Rosli menempelak segelintir pihak yang dahulunya lantang menghina golongan selebriti, namun kini tanpa segan silu menyokong individu yang terpalit dengan perlakuan tidak senonoh.

    Di zaman saya membesar, golongan anak seni yang selalu terima tohmahan kurang akhlak atau cetek agama.

    Tapi realitinya semua manusia itu berdosa. Hari ini Malaysia dah ada ‘cornstar’ sendiri, malah ramai yang sedia bergambar dengan ‘cornstar’ dan beri sokongan tanpa segan silu.

    Mengulas lanjut, pelakon drama Cinta Koko Coklat itu turut mempersoalkan bagaimana seseorang individu boleh memperdagangkan populariti atas tujuan perjuangan.

    Ditambah pula dengan kumpulan ‘cult’ yang jadi penasihat untuk capmelan.

    Saya hairan macam mana dalam nak jadi muslimah boleh terjebak dengan perkara seperti itu.

    Tidak sedar ke perkara itu semua jauh dari dasar dan asas agama?

    Jelas Aqasha, walaupun dia telah melakar nama dalam bidang seni seawal umur 18 tahun namun tidak pernah lagi terjebak dengan mana-mana ajaran selain Islam.

    Saya dari umur 18 tahun sudah bergelumang dalam dunia hiburan yang sesetengah orang panggil dunia maksiat ini tetapi belum pernah nak ikut mana-mana orang sembarangan jual nama tuhan demi kepentingan dan kemewahan.

    Dalam pada itu, Aqasha turut mendoakan agar semua umat Islam dijauhkan daripada ajaran yang boleh menyesatkan diri dan agama.

    MENARIK:  [VIDEO] Kek ‘Birthday’ Haliza Maysuri Cecah RM14,800, Busana Lebih RM151,000 Bikin Netizen ‘Terbeliak Mata’

    Sumber: TikTok

    The post ‘Dulu Kecam Artis Kurang Agama, Kini Cornstar Diangkat’ – Aqasha first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.