Penyanyi Zehra Zambri akhirnya menarik garis penamat dalam rumah tangganya bersama Nur Mohd. Iqwan Samsudin selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai talak satu, pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Lega Sah Bercerai Dengan Suami – ‘Saya Perlu Pulihkan Diri & Cari Semangat Baru’
Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Niat Untuk Berbaik, Saya Tak Rasa Berat Hati Lepaskan Zehra’ – Iqwan
Tak ada ruang untuk kembali

Ketika ditemui , Zehra, 38, berkata keputusan untuk berpisah adalah muktamad dan dia tidak lagi melihat ada ruang untuk mereka kembali bersatu sebagai pasangan suami isteri.
Cukuplah saya berjuang.
Memang tidak akan kembali sebagai suami isteri sebab wujud shiqaq yang berpanjangan.
Bagi saya, cukuplah saya berjuang, kasih sayang pun sudah tiada. Apa lagi nak teruskan. Kami tutup buku, tak mahu lagi ada kezaliman.
Ujar Zehra lagi, dia reda dengan segala ketentuan yang ditetapkan Maha Esa dan memilih untuk memaafkan bekas suaminya.
Semua yang telah berlaku biarkan sahaja, saya nak buang jauh-jauh.
Saya maafkanlah apa sahaja yang telah berlaku dan lalui sebelum ini.
Rasa sakit semua itu kita simpan. Jadikan pengajaran dalam hidup untuk masa akan datang.
Nak cari semula semangat

Pelantun lagu Gelisah Berbisik itu memaklumkan perceraian ini juga memberi semangat baharu untuk memulakan kembali kehidupan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada diri serta anak perempuannya.
Saya nak cari semula semangat dan diri saya yang sudah hilang sebelum ini. InsyaAllah saya akan bangkit semula.
Siapa yang nak bercerai. Perkahwinan pertama saya dulu pun sangat singkat tapi kali ini lebih berat.
Sebab yang ini saya bermati-matian berjuanglah tetapi ini semua ketentuan Allah SWT.
Dalam pada itu, bekas peserta program nyanyian Gegar Vaganza 11 ini juga berharap agar diberi kekuatan untuk menghadapi fasa kehidupan baharu.
Saya dah mula lapang dada dan terus berjalan ke depan, buat masa ini hanya anak sahaja harta yang saya ada.
Saya mahu menjaga mental anak dan diri saya sendiri.
Sebab itulah saya nekad untuk ambil jalan bersendiri,
Pada pagi Isnin, Zehra dan Iqwan sah bercerai talak satu melalui talak rajie di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain.
Sebelum ini, Zehra memfailkan permohonan cerai pada 7 Mac lalu secara fast track selepas mendakwa berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.
Zehra pada Oktober 2017 pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama enam bulan.
The post Dua Kali Melalui Perceraian, Zehra Zambri Lapang Dada Terima Takdir – ‘Cukuplah Saya Berjuang, Kasih Sayang Dah Tiada’ first appeared on OHBULAN!.