26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Didie Alias Mengelak Dakwaan Cemburu terhadap Anna Jobling Menjadi Juri Program Lawak – ‘Pentingnya Kehadiran Pelakon Komedi Wanita Seperti Rosnah Mat Aris’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Didie Alias

    Selebriti versatil, Didie Alias menafikan dirinya berasa cemburu bahkan tidak pernah menidakkan kelayakkan aktres jelita Anna Jobling dipilih sebagai juri sebuah program lawak.

    Tak cemburu

    Didie Alias

    Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 52, sebaliknya mempersoalkan tindakan stesen televisyen yang tidak mengutamakan artis komedi wanita yang lebih berpengalaman.

    Ada saya cakap dia tidak layak? Tiada. Saya meletakkan diri saya sebagai seorang netizen ketika menulis komen tersebut

    Ramai cakap saya dengki, hakikatnya tidak. Untuk meletak dia sebagai seorang juri, bukan masalah dan memang bertujuan sebagai komersial.

    Namun, apa guna kewujudan ramai pelakon komedi wanita tetapi tidak diletakkan di kerusi para juri? Sekurang-kurangnya ada ‘bunga tua’ yang berilmu tentang komedi boleh beri komen?.

    Didie berkata demikian ketika ditemui di sidang media pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Haria (ABPBH) ke-36 yang berlagsung di ibu kota, baru-baru ini.

    Ilmu komedi

    Didie Alias

    Tutur Didie lagi, dia melihat ramai pelawak wanita yang tidak diberikan peluang untuk menggalas tugas tersebut biarpun mempunyai ilmu dalam bidang komedi.

    Mengikut kefahaman saya, semua itu untuk rating program tetapi tidak salah kalau gandingkan pelakon komedi wanita bertaraf ‘otai’ dan banyak pengalaman dengan barisan juri lain iaitu Saiful Apek serta Harith Iskander.

    Banyak program sebelum ini hanya ketengahkan artis komedi lelaki tetapi wanita? Kita ada ramai yang bagus seperti Sharifah Shahirah, Raja Azura, Sheila Rusly dan Rosnah Mat Aris. Mereka semua ada ilmu.

    Komen itu hanya sekadar pendapat peribadi, malah tak pertikai pun kelayakanya cuma terfikir mengapa tidak beri peluang kepada yang lebih berpengalaman. Dalam media sosial, sesiapa sahaja boleh komen.

    Dalam pada itu, Didie turut berpesan kepada Anna untuk mempersiapkan diri dan tidak datang dengan ilmu kosong ketika menjurikan program berkenaan.

    Dia juga perlu ada ilmu tentang komedi sebab pentas ini bukan mudah. Perlu juga persiapkan mental agar bersedia dengan ‘tembakan’ netizen.

    Memang saya perlu lantang bersuara, sebab siapa lagi hendak mewakili golongan kami? Ruang dan peluang pun kami susah nak dapat, sebab itu ramai rakan seangkatan berniaga ketika ini.

    Dalam perkembangan lain, Didie diumumkan sebagai hos malam kemuncak ABP36 bersama Haniff Hamzah dan Riena Diana pada 11 Oktober depan.

    MENARIK:  TV3 dan Setudio bekerjasama untuk mencipta lagu medley AJL38 untuk pertama kali

    Terdahulu, Didie meluahkan rasa kurang bersetuju apabila Anna terpilih menjadi juri Muzikal Lawak Superstar 4.

    Perkara itu dikongsikan Didie dalam ruang komen yang kurang bersetuju dengan pemilihan yang dilakukan oleh pihak stesen televisyen.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.