29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 19, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Dia Mahu Saya, Tapi Saya Pilih Isteri’ – Azlan Komeng Respon Isu Mesej Luc*h

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon, Azlan Komeng tampil memberikan penjelasan berhubung beberapa tangkapan layar perbualan dan video berunsur lucah yang didakwa melibatkan dirinya, yang kini tular di media sosial.

    ‘Dia memang menjadikan isteri saya sasaran’

    Memetik laporan Harian Metro, Azlan atau nama lengkapnya Muhammad Azlan Kamiran, 49, meluahkan rasa kesal terhadap tindakan individu terbabit yang menyebarkan perbualan itu sehingga mengganggu emosi keluarganya terutama isteri, Nur Nilam Ortiz.

    Saya memang sangat kesal kerana dalam isu ini bukankah soal peribadi. Sepanjang bersama dulu pun (dengan individu terbabit) tiada paksaan apa-apa. Nak berpisah pun saya sudah minta maaf dan jelaskan.

    Jadi bila dia (individu terbabit) tidak terima, takkan saya yang bersalah. Paling saya kesal sampai isteri saya terganggu dan trauma atas kehilangan anak kami dalam kandungan dan kata-kata netizen yang kecam itu, sangat tidak adil pada saya.

    Namun kerana tekad saya untuk berubah maka saya terima semua ini sebagai apa yang Allah gariskan untuk saya. Alhamdulillah.

    Jelas Azlan lagi, kemungkinan individu terbabit sukar menerima keputusan perpisahan dan berasa kecewa apabila dia memilih untuk berkahwin dengan isterinya sekarang, Nur Nilam.

    Disebakan kekecewaan itu, wanita tersebut bertindak menyebarkan perkara yang boleh mencemarkan namanya.

    Dia (individu terbabit) itu berharap saya pilih dia, tapi saya pilih isteri (Nur Nilam) yang pada masa itu kami baru saja kenal. Padahal dia (individu terbabit) sudah bertahun-tahun saya kenal.

    Saya pun sebenarnya sudah tinggalkan semua (perkara kurang baik) sebelum kenal isteri saya lagi. Kalau ikutkan tiada isu untuk dia cemburu atau marah. Dia yang memilih untuk tetap ada, tapi bila saya dah bernikah memang saya tidak mahu teruskan (hubungan).

    Itu yang mungkin buat dia marah. Dia pun tak ada nak hubungi saya untuk bercakap atau apa pun, tapi buat hal macam-macam di belakang. Tapi saya dah pilih untuk tidak lagi membuat perkara-perkara yang salah, maka saya redha terima apa pun dendam dari yang sebelum ini.

    Menurut Azlan, pelbagai akaun palsu diwujudkan dipercayai oleh individu sama bagi tujuan mengganggu dan mencemarkan imej mereka suami isteri.

    Dia memang menjadikan isteri saya sasaran. Bermacam-macam akaun palsu yang dia buat. Tapi, dia sendiri sekali pun tak pernah nak tampil secara terbuka. Jadi, jelaslah dia bukan nak menyatakan mana salah dan betul.

    Ia lebih kepada nak aniaya saya dan isteri. Dia tahu saya selebriti, maka Inilah cara dia hendak merosakkan nama dan kerjaya saya.

    Sumber: Harian Metro

    MENARIK:  Tawaran Berlakon Menjadi Peluang Kedua Bagi Hafidz Roshdi – 'Harapan agar Saya Kembali Aktif'

    The post ‘Dia Mahu Saya, Tapi Saya Pilih Isteri’ – Azlan Komeng Respon Isu Mesej Luc*h first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.