33.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 16, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Dayang Nurfaizah Cerewet Bab Pakaian, Pilih Rekaan Minimalis..Bukan Kerana Bayaran

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui amat menitikberatkan jenama dan pemilihan pakaian yang digayakannya, terutama apabila melibatkan acara-acara rasmi atau penampilan di majlis tertentu.

    ‘Saya cerewet bab pakaian’

    Ketika ditemui , Dayang atau nama lengkapnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 44, berkongsi bahawa dia memilih untuk bekerjasama dengan jenama yang benar-benar menepati citarasanya.

    Rekaan koleksi premium terbaharu Amber Eksklusif, Somewhere Somehow Someone kena dengan gaya saya. 

    Saya terima tawaran ini bukanlah disebabkan bayaran yang ditawarkan. Tetapi saya suka rekaan yang minimalis dan simple. Kalau bayaran tinggi sekalipun tapi tak sesuai dengan saya, saya tak akan terima.

    Jelasnya, pemilihan projek bukan hanya bergantung kepada ganjaran kewangan, tetapi kesesuaian konsep dan gaya dengan personaliti dirinya.

    Saya memang cerewet bab pakaian lebih-lebih lagi melibatkan penampilan di atas pentas.

    Selain faktor gaya, pelantun lagu Di Pintu Syurga ini berkata salah satu pendorongnya menerima tawaran ini adalah kerana ingin menyokong pereka fesyen tempatan.

    Selain itu, salah satu sebab saya terima sebab nak sokong pereka fesyen tempatan. Saya nampak jenama ini ada potensi besar. 

    Selain Dayang, penyanyi Hael Husaini turut diangkat sebagai duta bagi koleksi Somewhere Somehow Someone.

    Sementara itu,  Datuk Adzliana Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, pemilihan Hael dan Dayang adalah tepat kerana kedua-duanya melambangkan keperibadian serta imej yang seiring dengan DNA Amber.

    Mereka bukan sekadar ikon hiburan, malah lambang kejayaan dan personaliti unggul yang seiring dengan visi kami untuk menjadikan Amber sinonim dengan fesyen kasual premium di Malaysia.

    Pelantikan Dayang Nurfaizah kali ini turut mencatat sejarah apabila buat julung kalinya dia bersetuju menjadi wajah rasmi bagi sebuah produk tempatan.

    MENARIK:  Maria Farida Mengaku Masih Dikejar 'Pucuk Muda' - 'Mereka Mengajak Saya Untuk Dating & Kawin'

    The post Dayang Nurfaizah Cerewet Bab Pakaian, Pilih Rekaan Minimalis..Bukan Kerana Bayaran first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.