26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Dari Terengganu Ke UPSI, Mereka Berjihad Ke Jalan Allah’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pendakwah bebas, PU Salman menjelaskan mangsa nahas bas yang mengorbankan penuntut-penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tergolong dalam syahid akhirat.

    Artikel Berkaitan: Sepupu Zoey Rahman Antara Mangsa Nahas Bas UPSI
    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adakah Insiden Helikopter Terhempas Termasuk Dalam Syahid Akhirat? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

    MENARIK:  Cik Epal Dedah Niat ‘Melamar’ Para Isteri Sebagai Madu – ‘Ada Yang Cerita Gaji..Maaf, Aku Tak Mahu Diperbodohkan’

    Meninggal ketika menuntut ilmu

    @pusalman

    Nahas Bas pelajar UPSI: Apakah darjat mereka yg mati dlm Islam #sunnah #rayakorban #fyppppppppppppppppppppppp

    ♬ bunyi asal – PU Salman – PU Salman

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, PU Salman menerangkan tentang hadis-hadis Nabi Muhammad SAW berkenaan darjat orang yang menuntut ilmu.

    Menurut pendakwah tersebut, mangsa-mangsa berkenaan memiliki darjat yang tinggi kerana berjihad ke jalan Allah.

    Islam sangat menyanjung orang-orang yang menuntut ilmu.

    Nabi Muhammad SAW bersabda iaitu dalam hadis riwayat Imam Tirmizi , ‘sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia di medan jihad sehingga dia kembali.’

    Mereka keluar dari Terengganu menuju ke UPSI di Tanjung Malim dengan niat untuk menuntut ilmu, kemudian meninggal dalam status tersebut. Mereka sedang berjihad di jalan Allah maka mendapat darjat yang sangat tinggi.

    Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, ‘sesiapa yang datang ajalnya ketika menuntut ilmu, maka dia dengan Nabi hanya berbeza satu tingkat sahaja.’

    Syahid akhirat

    Mengulas lanjut, PU Salman berkata, mangsa-mangsa tragedi bas itu boleh dikategorikan sebagai syahid akhirat.

    Ulama-ulama membahaskan, ada 30 ke 40 orang yang syahid akhirat. Bagi orang yang menuntut ilmu, mereka adalah salah satu daripada orang-orang yang dipanggil syahid akhirat.

    Takziah kepada semua mangsa yang terlibat. Semoga mereka dikurniakan taman-taman syurga kerana keadaan mereka yang sangat mulia iaitu menuntut ilmu kerana Allah SWT.

    Terdahulu, seramai 15 orang disahkan maut dalam kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

    Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi Isnin di Jalan Raya Timur-Barat Banun berdekatan Tasik Banding, Gerik.

    Sumber: TikTok PU Salman

    The post ‘Dari Terengganu Ke UPSI, Mereka Berjihad Ke Jalan Allah’ first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.