Penyanyi yang semakin mencuri perhatian, JessC terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila berjaya merangkul anugerah ‘Best Asian Pop’ menerusi lagu popularnya, My Style, di InterContinental Music Awards 2025 (ICMA) yang berlangsung di Los Angeles baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Konsert JessC Bikin Arena Of Stars Bergema, Kemunculan Fauziah Latiff Sorot Perhatian
Terharu

ICMA sendiri terkenal sebagai salah satu anugerah muzik antarabangsa paling berprestij dengan juri terdiri daripada pakar industri muzik dari seluruh dunia yang pernah bekerjasama dengan artis besar seperti Celine Dion, Selena Gomez dan Ricky Martin.
Karya JessC dipuji kerana keunikan dan keupayaannya menghubungkan muzik Timur dan Barat secara luar biasa.
Dalam pada itu, JessC meluahkan rasa syukur atas kemenangan tersebut dan menganggap anugerah itu sebagai satu penghargaan buat semua pihak yang telah menyokong perjalanan muziknya sejak awal.
Muzik ialah kuasa penyembuhan yang menghubungkan hati dan melangkaui budaya.
Saya amat bersyukur atas pengiktirafan ini, dan anugerah ini adalah milik semua yang menyokong muzik kami.
Kejayaan ini menjadi bukti nyata bahawa JessC bukan saja popular di Asia tetapi juga di pentas muzik antarabangsa.
Menang hati peminat

Album Mandarin penyanyi tersebut iaitu My Style telah memenangi hati peminat di China dengan pencapaian hebat di carta penstriman dan radio, manakala album Melayu ‘Dekati’ mencetuskan fenomena ‘Demam JessC’ di Indonesia.
Tidak ketinggalan, single dalam bahasa Inggerisnya, Six Feet Deep berjaya menembusi pasaran Barat dengan siaran di stesen radio ternama seperti Z-100 New York, Virgin Radio Vancouver, dan KIIS FM Sydney.
Selain itu, kemenangan ini turut membuka lebih banyak peluang besar untuk JessC termasuk kemungkinan melangkah ke pentas Anugerah Grammy suatu hari nanti.
Difahamkan, JessC bakal memulakan kempen promosi global single terbarunya iaitu One Chance bermula September ini di Amerika Syarikat, diikuti Eropah dan Amerika Selatan dengan sasaran menjangkau 50 negara dan 100 bandar menjelang akhir tahun.
Peminat juga boleh menantikan My Style World Tour Concert yang akan berlangsung pada 20 Disember 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur selepas konsertnya yang habis dijual di Genting Arena of Stars Mei lalu.
The post Dari Malaysia ke Pentas Dunia, JessC Rangkul ‘Best Asian Pop’ Di ICMA 2025 first appeared on OHBULAN!.