Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal berkongsi pengajaran bermakna yang diperolehnya sewaktu menghadiri sesi kuliah agama, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Mengaku ‘High Maintenance’, Guna Duit Sendiri Penuhi Kehendak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Kongsi ‘Wishlist’ Dahlia Rizal, Bukan Lagi Barang ‘Branded’ – ‘Dia Minta Selalu Pegang Tangan’
Haram kalau melebih-lebih dalam ‘review’
View this post on Instagram
Menerusi Instagram Story (IGs), Dahlia memaklumkan bahawa dirinya tersentuh apabila mendengar penjelasan daripada pendakwah bebas, PU Salman mengenai isu bayaran ‘review’ di media sosial.
Perjelas Dahlia, PU Salman memaklumkan bahawa setiap sen yang diperoleh daripada hasil review produk akan menjadi haram sekiranya pempengaruh menipu dan melakukan testimoni secara berlebihan.
Saya banyak belajar daripada program daurah hari ini.
Antara perkara yang paling menyentuh hati saya ialah bila PU Salman kata setiap sen yang kita dapat hasil daripada pembelian orang melalui review kita akan jadi haram sekiranya kita melebih-lebihkan produk tersebut.
Macam bila kita kata dah lama guna sesuatu produk padahal tak pernah pun, atau berpura-pura suka hanya kerana duit.
Menurut Dahlia, peringatan itu sangat penting khususnya buat para pempengaruh sepertinya untuk lebih berhati-hati dalam melakukan ‘review’.
Ujar pemilik nama Nur Dahlia Ahmad Rizal ini, dia juga sedang melatih dirinya untuk menjadi seorang pempengaruh yang jujur supaya tidak memperdayakan pengguna media sosial yang lain.
Ini adalah peringatan besar buat kita semua terutama sekali kepada pempengaruh. Tapi jangan risau, tak pernah terlambat untuk insaf dan perlahan-lahan berubah, insya-Allah.
Itulah sebabnya saya dah lama berhenti buat review yang melebih-lebih.
Bila saya kata saya guna sesuatu produk, wallahi memang saya cuba dulu.
Kalau saya tak suka, saya tak akan ‘post’ langsung dan kadang-kadang pulangkan semula duit klien.
Lebih baik jujur daripada memperdaya orang lain.
Posting Dahlia Rizal

Sumber: IGs Dahlia Rizal
The post Dahlia Rizal Pilih Jujur Dalam ‘Review’ Produk – ‘Haram Kalau Melebih-Lebih, Jangan Pura-Pura Suka Hanya Kerana Duit’ first appeared on OHBULAN!.