Personaliti media sosial, Cik Epal tidak menolak untuk berkahwin lagi malah berharap dikurniakan bakal suami yang memberi ketenangan selain bersederhana dalam kehidupan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Offer Cik Epal Ambil Anak-Anak Tapi Dah 7 Hari, Dia Tak Muncul Walau Sesaat’ – Jofliam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Han, Yuki..Mama Ni’ – Cik Epal Jerit Depan Rumah Jofliam Panggil Anak-Anak, Dakwa Dah 3 Bulan Dihalang Berjumpa?
Kalau diberi jodoh lagi…

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Murni Mahmud itu berkata dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Tuhan berkaitan jodoh.
Bagaimanapun, dia berharap bakal pasangannya itu mampu membimbingnya dengan lebih baik supaya dapat mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Selepas apa yang pernah jadi dalam hidup aku, kalau diberi peluang ada jodoh lagi, aku memerlukan lelaki yang “behind the scene”. Yang sederhana dan menenangkan.
Cuma jodoh ini kan rahsia Allah.
Allah akan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Aku percaya Qada’ dan Qadar.
Harap kalau ada jodoh lagi, itu lah jodoh yang terbaik. Pasangan yang boleh bersama ke syurga.
Mengulas lebih lanjut, bekas isteri kepada usahawan pizza, Jofliam itu berkata dia sering bersangka baik dengan Yang Maha Esa dan yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Aku selalu bersangka baik dengan Allah.
Mungkin Allah jawab doa aku selama ni dengan cara yang aku tak jangka sebegini.
Segala ujian yang aku dapat aku yakin ada hikmahnya.
Sumber: Instagram
The post Cik Epal Doa Berjodohan Dengan Lelaki Tenang, Sederhana first appeared on OHBULAN!.