Pemilik nama Zetty Tajuddin meluahkan rasa syukur kerana dapat menjayakan sebuah majlis ‘A Night with Charly Van Houtten’, baru-baru ini.
Menurut Zetty, majlis tersebut merupakan majlis pertama yang dilakukan olehnya sebagai tanda penghargaan buat semua staf, ejen dan stokis ‘Betty Beauty’ yang sentiasa menyokong perniagaannya.
Fokus semua rangkaian produk
Menerusi temu bual bersama Zetty berkata, tahun ini merupakan tahun yang sesuai buat dirinya untuk melakukan ‘come back’ dalam bidang perniagaan.
Saya bersyukur dapat buat majlis seperti ini. Sebenarnya saya tidur dalam sejam sahaja untuk fikir mengenai majlis ini. Maklumlah, ini majlis pertama yang diadakan secara besar-besaran. Nasib baik saya ada suami, keluarga dan sahabat yang tolong.
Saya rasa tahun 2024 saya perlu buat come back dengan jenama saya sendiri iaitu Betty Beauty. Walaupun jenama ini sudah wujud pada tahun 2017, saya rasa sudah tiba masanya untuk ia berkembang. Fokus saya sekarang untuk semua rangkaian produk kosmetik dan kecantikan.
Kalau orang tanya kenapa nak all out sekarang, saya ada alasan tersendiri. Sebelum ini, saya sibuk supply produk dan saya beri fokus terhadap jenama lain.
Berbicara lebih lanjut, sebagai pengasas produk, Zetty mengakui dia mempunyai matlamat dan sasaran untuk jenama yang diusahakan olehnya ini.
Ujar Zetty, dia mahu memperluaskan empayar Betty Beauty di beberapa buah negara misalnya, Indonesia dan Singapura. Di samping itu, dia mahu lebih ramai ejen dan stokis menyertai pasukannya.
Kenal sejak lapan tahun lalu
Disoal mengenai pemilihan MUA Bellaz sebagai duta produk yang terbaru ‘Trio Sticks’, Zetty memberitahu bahawa Bella merupakan rakan baiknya. Mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak lapan tahun yang lalu.
Saya dengan MUA Bellaz dah lama berkawan dan lama kenal. Alhamdulillah. Bella bawa brand ni daripada tahun 2017. Kami kawan pun dah lapan tahun.
Menurut MUA Bellaz pula, dia suka dan senang bekerja dengan Zetty.
Saya senang kerja dengan dia. Dia tak ada masalah. Sejenis yang okay sahaja. Dia faham saya itu yang penting. Sebab saya bukan mudah nak ambil satu-satu brand. Kena tengok jadual semua dahulu. Lagi satu, dia pandai ikut situasi. Tahu waktu kawan dan bisnes. Sebenarnya ini pelancaran produk kedua saya bersama Zetty.
Diminta untuk mengulas mengenai keistimewaan produk Zetty di mata Bella, anak kelahiran Kedah ini memberitahu harga produk yang dijual oleh Betty Beauty sangat mampu milik dan semua orang boleh beli. Di samping itu, design dan kualiti produknya sangat bagus.
Di akhir temu bual, Zetty berharap jenamanya ini mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat.
Sekadar info, majlis tersebut diadakan di Courtyard By Marriot Setia Alam. Kemunculan Charly di akhir majlis ternyata mencuri perhatian 500 tetamu yang hadir. Penyanyi dari Indonesia itu menyanyikan beberapa buah lagu ‘hitsnya’ iaitu Aku Terjatuh, Jangan Pernah Berubah, Puteri Iklan dan beberapa lagi.