Filem animasi tempatan yang dinanti-nantikan iaitu Ejen Ali: The Movie 2 (EATM2) menjadi filem animasi tempatan terbesar dalam sejarah industri perfileman negara apabila telah mula ditayangkan secara besar-besaran di 161 lokasi pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula semalam.
Dapat pujian ramai
Meskipun baru sahaja sehari ditayangkan, filem EATM 2 setiap aspek yang dipertontonkan telah meraih pujian daripada rata-rata peminat.
Menurut mereka, penghasilan filem EATM 2 ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam perkembangan industri animasi tempatan, yang terus menunjukkan potensi untuk berkembang dan diterima secara lebih meluas.
Itu juga diakui pempengaruh media sosial terkenal, Ceddy Ang yang begitu teruja menonton filem ini.
Ujarnya, filem EATM 2 ini sudah sebaris filem animasi antarabangsa.
Kalau awak seorang gamer, awak akan hargai filem ini sebab babak berlawan sangat mantap, animasi tip top, soundtrack pun bagus, efek semua memang terbaik.
Kita dah tahu Ejen Ali memang bertaraf antarabangsa, tapi bila tengok babak berlawan, saya rasa teruja.
Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa sangat bangga. Saya akan bagitahu satu dunia yang, ‘This is our movie’.
Kita tak perlu cakap pasal animasi luar dah, EATM2 memang mantap.
Begitu juga dengan pempengaruh, Risk Saidon yang begitu menghargai usaha kru belakang tabir kerana berjaya menghasilkan filem animasi bertaraf antarabangsa.
Sebelum tengok EATM2, saya dah ulang tengok filem pertama tiga kali.
Dari segi animasi, yang keduai ni memang nampak kelainan, lebih halus dan lebih matang. Nampak betul usaha mereka (animator).
Watak pun nampak semakin menua, berkembang ikut masa. Efek air pun memang menjadi.
Filem pertama memang dah ‘over the to’p, dan yang kedua ini tetap menarik, cuma kena fikir lebih sikit.
Secara keseluruhan, best gila, saya bagi 10 per 10. Saya memang syorkan bawa anak-anak tengok!.
Dengan respon yang sangat positif daripada penonton dan penggiat media sosial, Ejen Ali The Movie 2 terbukti sebagai sebuah karya animasi tempatan yang perlu diberi perhatian umum.
Sekadar info, Ejen Ali The Movie 2 kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Satria, Bangkit – Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Misi : Serbu Pawagam bermula, tempah tiket anda sekarang!
Gunakan #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #EjenAli #Letsplay #AniMY #SapotLokal #SaluteAnimatorTempatan untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial.