30.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 28, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Biarlah Rugi Perlakon Baru Itu Jika Kekwat & Berlagak – Raja Azura

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    raja azura

    Pelakon versatile, Raja Azura kesal dengan segelintir pendatang baharu yang disifatkan ‘kekwat’ dan kurang bergaul dengan pelakon yang lebih berpengalaman.

    Tak bertanya sesat jalan

    raja azura

    Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku, meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pelakon baharu yang tidak menghormati pelakon senior.

    Bagaimanapun, Kak Engku bersyukur kerana tidak pernah berdepan dengan situasi seperti itu.

    Maksud saya kadang-kadang ada yang rasa macam diri tu dah bagus bila dekat set penggambaran. Ada juga yang tak menghormati orang lama.

    Tapi sepanjang saya ada dekat set setakat ini perkara macam tu tak pernah lagi berlaku pada diri saya.

    Menurut aktres berusia 52 tahun itu, pendatang baharu seharusnya mempunyai sikap ingin tahu dan merendah diri untuk mempelajari ilmu lakonan.

    Sebab tu saya kata, andai kata pelakon tu macam ‘kekwat’, berlagak macam tu biarlah dia, saya buat tak tahu je sebab dia lah yang rugi.

    Dalam hidup ni kalau kita nak bekerja, kita kena banyak bertanya. Banyak bertanya banyaklah pengalaman yang dapat.

    Kalau awak rasa tak nak bertanya, rasa dah bagus sampai situ je lah bakat awak. Tak dapat pergi mana-mana lah, jauh ketinggalan.

    Raja Azura berkata demikian kepada ketika sidang media drama Malang Si Puteri yang diadakan secara atas talian baru-baru ini.

    MENARIK:  Perayaan Jubli TV3 Ke-40: Berjalan Nostalgia, Inovasi & Keseronokkan

    Nasihat Kak Engku

    raja azura

    Dalam pada itu, pelakon filem Tiga Janda Melawan Dunia tersebut berkata dia sering menjadikan pelakon-pelakon senior sebagai tempat rujukan demi menjayakan sesuatu watak.

    Macam saya dulu, saya berlakon berdepan dengan diva-diva sangat popular macam Fauziah Ahmad Daud, Aida Rahim, Norlida, Kuniey…saya juga banyak bertanya dengan Allahyarham Azean Irdawati.

    Setiap kali berlakon saya tak nak lepas peluang. Bila mereka berlakon saya akan pergi lihat di monitor. Monitor tu sebagai rujukan saya.

    Sementara itu, ibu kepada tiga orang anak ini sempat menitipkan nasihat buat pelakon-pelakon baharu supaya lebih rajin membuat rujukan dan latihan untuk mendapatkan lakonan yang lebih berkesan.

    Hari ini kalau kita tengok, pelakon ramai je yang berlakon babak dia je, dia tak ada pun pergi tengok pelakon lama dekat monitor.

    Saya selalu pesan pada pelakon baru kalau tak ada babak, pergi dekat monitor tengok orang-orang lama berlakon.

    Untuk info, drama Malang Si Puteri turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Fasha Sandha, Wan Raja, Hafreez Adam dan Malek McCrone.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.