25.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Berita Viral: Aisyah Hijanah Mengajukan Permohonan Cerai, Alif Teega Kelihatan Tenang Merapatkan Rambut Anak & Bersiap Untuk Membuka Butik Baharu

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Umum mengetahui, personaliti media sosial Islamik, Aisyah Hijanah dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya yang juga seorang pempengaruh Alif Teega.

    Terbaru, menerusi pemerhatian pihak Alif Teega kelihatan tenang dan belum memberi sebarang komen berhubung isu tersebut.

    Sikat rambut anak

    Meninjau di Instagram Story, Alif dilihat sedang khusyuk menyikat rambut salah seorang anaknya yang kerinting. Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini turut meninggalkan pertanyaan kepada netizen tentang bagaimana hendak meluruskan rambut kerinting tersebut.

    Bukan itu sahaja, Alif dipercayai sedang sibuk melakukan persiapan bersempena pembukaan butik baharunya di Bangi kelak.

    Berikutan daripada itu, OhBulan sedang cuba mendapatkan kenyataan lanjut daripada Alif.

    Terdahulu, pemilik nama Aisyah Hijanah Azhari memfailkan tuntutan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.

    Walau bagaimanapun, pempengaruh berusia 26 tahun itu enggan berkongsi lebih lanjut mengenai sebab utama dirinya memfailkan cerai.

    Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan ramai orang.

    Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa.

    Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak ini memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusan rumah tangganya dipermudahkan.

    Dari bulan lepas sebenarnya (Ogos fail cerai), doakan saya sebab ujian saya sangat berat.

    Ditanya tentang keputusan mahu bercerai, Aisyah enggan berkongsi lanjut kerana perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan.

    MENARIK:  "Pertanyaan Seputar Berbusana: Tudung Atau Tidak?" - Fazlina Ahmad Daud

    Sekadar info, Aisyah dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

    Imbas kembali, Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung pada 18 November tahun lalu.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.