26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Beraya Kali Kedua Sebagai Ibu Tunggal, Shuhada Gembira Berkongsi Baju Sponsor Dengan Anak-Anak

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Tahun ini merupakan tahun yang kedua bagi Shuhada Mat Shukri menyambut perayaan Aidilfitri sebagai status ibu tunggal.

    Seronok beraya dengan anak-anak

    Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi itu mengakui sudah pun melupakan segala kisah duka yang berlaku dan gembira kerana masih berpeluang untuk beraya bersama dua anaknya iaitu Humairah dan Umar.

    Ini merupakan tahun yang kedua tetapi kalau nak kira secara ‘official’ sebagai ibu tunggal, tahun ini adalah kali pertama.

    Sejujurnya saya rasa ‘happy’ saja, Alhamdulillah. Saya rasa sangat berbangga dengan diri sendiri sebab boleh lalui semua ujian Allah dan dah ‘move on’ dah pun.

    Sekarang, saya hanya mahu fokuskan anak-anak, nak bagi diorang gembira dan cipta banyak lagi kenangan bersama.

    Ketika ditanya mengenai persiapan raya, ibu kepada dua orang anak ini mendedahkan dia berasa sangat bersyukur kerana anak-anaknya menerima banyak baju raya yang telah disumbangkan oleh ahli keluarga terdekat.

    Bercakap mengenai persiapan raya, Alhamdulillah anak-anak saya dapat baju sponsor dari keluarga terdekat.

    Dalam masa yang sama, mereka akan pakai saja apa yang ada. Tapi kalau anak-anak ‘demand’ nak baju baru ke apa, saya akan beli.

    Saya akan cuba sedaya upaya untuk tunaikan permintaan anak-anak.

    Sekadar info, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

    MENARIK:  Bella Astillah Mendapat Pujian Netizen Kerana Membuat Kuih Raya Hingga Tengah Malam - 'Selain Cantik, Pandai Cari Duit'

    Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

    Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari 2023 dan mereka disahkan bercerai pada 27 Julai 2023.

    Hafidz kemudiannya mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita bernama Athirah Yuhada, pada 15 Disember lalu.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.