28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2025: 10 Tumpuan Utama Rakyat Perlu Ketahui!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

    Bajet 2025 memperuntukkan sebanyak RM421 billion meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

    Pembentangan belanjawan sudah pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi mengetahui manfaat yang bakal diperoleh sepanjang tahun hadapan. Jadi, pihak nak kongsikan tumpuan utama Belanjawan 2025 yang korang wajib tahu!

    1. Kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan

    Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Februari 2025.

    2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sebulan

    Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori isi rumah bakal dapat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sebulan mulai April.

    3. Sumbangan Tunai Rahmah RM600 untuk bujang

    Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori bujang akan menerima RM600 pada 2025.

    4. Bantuan untuk warga emas, kanak-kanak keluarga miskin & anak lingkungan usia 7 hingga 18 tahun

    Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkatkan.

    5. PLKN 3.0

    Program Latihan Khidmat Negara 3.0 akan dimulakan secara rintis dengan konsep baharu melibatkan peruntukan RM50 juta kepada Kementerian Pertahanan bagi lepasan kadet sekolah. PDRM dan agensi beruniform lain turut terlibat menjayakan PLKN 3.0 menggunakan prasarana sedia ada dengan kerjasama Akademi Kenegaraan.

    6. Subsidi petrol RON95

    Kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.

    7. Penyasaran subsidi pendidikan & kesihatan

    Berdasarkan angka terkini, didapati 30 peratus murid dari keluarga berpendapatan tinggi. Sekiranya subsidi pendidikan dikurangkan secara berperingkat bagi kumpulan pendapatan 15 peratus teratas, kutipan yang diraih boleh dimanfaatkan untuk menambah baik prasarana SBP dan IPTA tersebut untuk manfaat semua pelajar.

    MENARIK:  Watie Mohon Maaf Kerana Membandingkan Uwais Dengan 'Orang Asli', Tiada Niat Untuk Menghina Kaum Lain

    8. Pelepasan cukai individu sehingga RM7,000

    Bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama, pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan akan diberikan yang boleh dituntut bagi tiga tahun taksiran berturut-turut ke atas perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.

    9. RM500 kepada penjawat awam

    Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, diberi pada Februari 2025.

    10. Bantuan Khas Kewangan RM250

    Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, diberi pada Februari 2025.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.