31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Beg Plastik Muntah Pun Kena Caj, Kos Bersalin Dahlia Rizal Cecah RM35,000 – ‘Dari Tahun Lepas Saya & Imran Dah Kumpul Duit’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal berkongsi jumlah kos rawatan yang dibelanjakannya sewaktu melahirkan anak sulung, Yusra di sebuah hospital swasta yang terletak di Damansara, Selangor.

    Kos cecah RM35,000

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Dahlia Rizal (@dshazall)

    Menerusi Instagram Story (IGs), Dahlia memaklumkan jumlah keseluruhan bagi kos rawatan bersalinnya adalah sebanyak RM35,000.

    Hahah Imran terkejut mereka caj beg muntah, itu biasa sayang.

    Untuk enam hari, kos menginap di sini adalah sebanyak RM2,000 satu malam jadi jumlahnya adalah RM12,000 untuk bilik sahaja.

    Tetapi kalau dicampurkan jumlah untuk pembedahan sekali dengan ubat dan semuanya, menjadi RM35,000.

    Dahlia berkongsi perkara tersebut selepas mendapat banyak pertanyaan daripada peminat menerusi hantaran mesej.

    Dalam pada itu, Dahlia memaklumkan bahawa sudah mengumpul wang dan membuat persediaan bersama Imran sejak setahun yang lalu.

    Dahlia juga meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan Allah SWT ke atasnya dan Imran.

    Alhamdulillah, saya sangat sarankan kalian untuk dapatkan rawatan di sini.

    Memang dari tahun lepas lagi dah mula kumpul untuk bil hospital andai kata kecemasan macam ini terjadi.

    Syukur kepada Allah sebab limpahkan kami rezeki yang cukup.

    Kongsi pengalaman

    Menerusi hantaran lain, pempengaruh berusia 24 tahun ini turut berkongsi pengalaman menariknya sepanjang mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

    Saya buat keputusan tepat pilih bilik ini selepas melahirkan anak sebab mereka sediakan satu bilik dengan katil serta meja yang selesa.

    Macam dalam gambar, ini adalah untuk orang menjaga kita tidur dan siap ada ‘mini lounge’ di luar bilik.

    Jururawat dan doktor-doktor pun baik saja.

    Katil tak perlu cakaplah, empuk sangat.

    Secara keseluruhan, harganya sedikit mahal tetapi sangat berbaloi.

    Terdahulu, Dahlia selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara pembedahan pada Selasa.

    MENARIK:  Pandangan Mufti Menk tentang Tunai Ibadah Korban & Sedekah secara Dalam Talian

    Lebih bermakna cahaya mata sulung mereka lahir pada bulan sama dengan ibunya.

    Untuk rekod, Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.