25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Bapa Anzalna Nasir Terkejut Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO Finas, Merasa Seperti Dizalimi

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Bapa kepada pelakon, Azalna Nasir iaitu Prof Dr Md Nasir Ibrahim akui sangat terkejut dengan penamatan kontraknya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

    Rasa diri dizalimi

    Memetik laporan MalaysiaGazette, beliau menjadi tertanya-tanya mengenai pemecatannya itu sambil menjelaskan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah integriti atau terlibat dengan sebarang kes jenayah.

    Penamatan saya ini bukan kerana salah laku, saya tiada buat apa-apa salah, tiada laporan polis dan tiada laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Saya tak menduga (ditamatkan) sebab saya tak pernah dipanggil untuk menerangkan atau menjelaskan satu-satu isu jika ada, atau bela diri atas apa-apa pertuduhan.

    Lebih 30 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, kebiasaannya penamatan notis 24 jam ini melibatkan kes jenayah atau integriti.

    Saya tertanya-tanya juga kenapa kontrak ditamatkan sedangkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tidak memaklumkan apa-apa sebab.

    Tambah Md Nasir lagi, beliau terasa dirinya seperti dizalimi selepas diperlakukan sebegini dan sepatutnya diberi peluang untuk memberi penjelasan.

    Saya nak bersihkan nama saya, saya tak nak orang tertanya-tanya kenapa saya dipecat dengan notis 24 jam. Penamatan saya ini bukan kerana salah laku saya.

    Saya bersih, sepatutnya saya diberi peluang memberi penjelasan. Saya rasa seperti dizalimi, saya nak orang faham pemecatan saya ni atas budi bicara menteri.

    Kronisme dalam Finas antara punca dipecat

    Dalam pada itu, Md Nasir tidak menolak sebarang kemungkinan mengenai wujudnya kronisme dalam pentadbiran FINAS yang didakwa menjadi punca pemecatannya.

    Memang ia (unsur kroni) wujud dalam mana-mana organisasi.

    Mungkin ada teguran yang saya berikan kepada kakitangan menyebabkan ada pihak kurang senang tetapi, saya tegur demi kebaikan bersama.

    Saya berharap untuk masa-masa akan datang, janganlah mendengar sebelah pihak, kena adil.  Jangan tiba-tiba buat keputusan yang dianggap tidak adil dan pihak menjadi mangsa mungkin tidak bersalah.

    Terdahulu, FINAS memuat naik satu kenyataan memaklumkan penamatan kontrak Md. Nasir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

    MENARIK:  Risteena dedah menerima DM lucah, ditawar RM10k untuk 'video call' - teman ehem-ehem, tapi hanya melihat sahaja

    Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan badan itu yang mahu melakukan penstrukturan semula ke atas dasar, program serta aktiviti kreatif bagi menghasilkan filem tempatan yang berkualiti.

    Kenyataan FINAS

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by FINAS Malaysia (@finasmalaysia)

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.