24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 28, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Bagaimana Memperbaiki Diri di Bulan Mulia? Inilah Langkah yang Perlu Anda Ambil.

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Macam mana Ramadan korang setakat ini? Ada ke yang dah mula malas nak terawih? Haa.. Jangan macam itu tau, sempena bulan mulia ini kita kena istiqamah untuk perbaiki diri.

    Kalau sebelum ini kita selalu sibuk dengan hal dunia. Apa kata dalam sebulan Ramadan ini kita cuba untuk fokus ke arah kerohanian pula, tapi ingat kena konsisten okay? jangan lah baru sehari-dua dah malas pulak..

    Jom sama-sama perbaiki diri

    Niat dan berazam tak mahu ulangi dosa silam

    Niat paling penting! Niatkan dan berazam sepenuh hati agar kita kuat melawan nafsu daripada dari terus mengulangi dosa-dosa silam.

    Cuba untuk tak tinggal terawih

    Kredit foto: Iluminasi

    Terawih adalah salah satu kemanisan Ramadan, sangat rugi kalau kita tak ambil peluang yang datang hanya setahun sekali ini. Kalau boleh usahakan untuk terawih penuh sepanjang Ramadan.

    Puasa dari perkara tidak berfaedah

    Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi kita juga dituntut untuk menjaga pancaindera dan anggota badan daripada perbuatan dosa seperti mengumpat dan berdusta.

    Banyakkan bersedekah

    Kredit foto: Darul Al Musthofa

    Sedekah lah sebanyaknya kerana dengan bersedekah dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda.

    Bahkan Hadis Riwayat Ar-Tarmidzi, 614 juga menyebut ““Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” 

    Tapi kena ingat, perlu utamakan bayar hutang sebelum bersedekah 

    Korang kena ingat yang sedekah adalah amalan sunat, sementara membayar hutang adalah wajib. Jangan sebab nak bersedekah korang sampai tak bayar hutang pula.

    Tak kiralah hutang dengan sedara-mara, kawan-kawan, bank ataupun hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang korang guna untuk belajar tu. Semuanya wajib dibayar tau! Jangan buat-buat lupa pula..

    Berita baik buat korang yang nak bayar hutang PTPTN, sekarang tengah ada diskaun sehingga 15% untuk korang!

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

    Macam mana nak nikmati diskaun ini? Senang je korang hanya perlu buat potongan gaji atau debit secara berjadual dan secara automatik korang akan untuk menerima diskaun 15% daripada keseluruhan baki pinjaman.

    MENARIK:  Filem Pontianak 200KG: Menggabungkan Elemen Seram dengan Komedi Akan Ditayangkan Mulai Esok!

    Sementara untuk korang yang nak buat penyelesaian penuh atau separuh daripada baki pinjaman pula layak untuk mendapat potongan sehingga 10%.

    Haa.. Memang untung sangat kalau korang ambil peluang ini sekarang untuk bayar semula hutang PTPTN tapi kena cepat sebab tawaran ini terhad sehingga 31 Mac sahaja!

    Tak pasti berapa hutang PTPTN Korang? Jom semak online

    Semakan baki pinjaman korang boleh dibuat secara online melalui web rasmi PTPTN di SINI kemudian pilih bahagian ‘e-perkhidmatan’ dan klik ‘Semakan Penyata Pinjaman’.

    Semakan juga boleh di buat melalui aplikasi PTPTN yang tersedia untuk dimuat turun di Google Playstore, Apple AppStore dan Huawei App Gallery.

    Mudah kan? Semuanya di hujung jari je!

    Sekiranya korang memerlukan sebarang maklumat lanjut mengenai kempen terkini PTPTN silakan untuk mengikuti laman Instagram rasmi mereka di SINI.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.