Bintang K-pop terkenal, B.I akan kembali ke Malaysia untuk menghiburkan para peminatnya menerusi konsert jelajah B.I TOUR: The Last Parade Tour in Kuala Lumpur.
B.I kembali ke Kuala Lumpur

Konsert yang dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment itu bakal berlangsung pada 21 September (Ahad), jam 7 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Kemunculan B.I kali ini menjanjikan sebuah persembahan penuh bertenaga dan gah, seiring pelancaran album studio ketiganya, Wonderland, yang mengandungi 11 lagu baharu. Para peminat juga berpeluang menyaksikan B.I mendendangkan lagu-lagu popular daripada album terdahulunya seperti Waterfall, To Die For, serta EP Love or Loved Part.1 dan Part.2.
Sejak memulakan kerjaya solonya pada tahun 2021 di bawah label 131 yang diasaskannya sendiri, B.I terus mencipta nama menerusi konsert jelajah, festival muzik bertaraf antarabangsa seperti Lollapalooza dan Rolling Loud, serta kerjasama bersama artis terkenal antarabangsa.
Antara kolaborasi popular B.I termasuk lagu “Ferris Wheel” bersama Heize, “Happy Alone” (Woosung), “Got It Like That” (Destiny Rogers & Tyla Yaweh), “Lost at Sea (Illa Illa 2)” (Bipolar Sunshine & Afgan), “Die for Love” (Jessi), dan “BTBT” (Soulja Boy & DeVita).
Tiket akan mula dijual pada Jumaat, 13 Jun jam 12 tengah hari menerusi laman sesawang http://www.ticketingtix.com. Harga tiket termasuk yuran pemprosesan RM4 dan hadir dengan pelbagai faedah eksklusif untuk peminat.
Tiket dijual bermula dengan harga serendah RM358 (Grown), RM558 (Youth), RM788 (Magic) dan RM888 (Parade).

The post B.I Kembali Gegarkan Malaysia Menerusi Konsert ‘The Last Parade’ Pada 21 September first appeared on OHBULAN!.