31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 30, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Azlan & The Typewriter, Nuha Bahrin, Zubir Khan & Ezra Kairo Gegar PKNS Pilih Karnival

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal mengadakan program PKNS Pilih Karnival Kota Puteri yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Julai ini di Galeri Jualan Kota Puteri, Batu Arang, Selangor.

    Artikel berkaitan: Karnival AIA Elite Academy Beri Gambaran Bagaimana Nak Jadi Ejen Insurans “High Class”!

    Artikel berkaitan: Netizen Teruja Bella Astillah & Muaz Zabir Kongsi Satu ‘Frame’ Di Jom Heboh – ‘Layak Terima Kebahagiaan, Sweet!’

    Pelbagai aktiviti menarik!

    Karnival dua hari berkenaan akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air iaitu Azlan & The Typewriter, Nuha Bahrin, Ezra Kairo & Zubir Khan.

    Pengunjung berpeluang memenangi hadiah termasuklah cabutan bertuah di mana pemenang bakal membawa pulang sebuah motosikal berjenama Modenas.

    Selain itu, barangan keperluan asas seperti beras, gula, susu, minyak, tepung, pelbagai rangkaian produk makanan serta pelbagai barangan elektrik turut menanti pengunjung sebagai hadiah sukan rakyat.

    Turut menjadi tarikan buat pengunjung adalah Pertunjukan Laser, Pertunjukan Layang-Layang Moden, Zoo Mini, Food Truck dan gerai jualan makanan dan minuman.

    Pengunjung juga boleh menyertai acara Zumba, Sukan Rakyat seperti Tarik Tali, Panjat Tiang Licin, Pukul Bantal dan banyak lagi selain permainan uji minda bertema Wheel Of Fortune, Minute To Win It dan Family Feud turut diadakan.

    Orang ramai yang berhasrat menyertai pertandingan tarik tali dan panjat tiang licin, boleh mendaftar menerusi kod QR yang disediakan penganjur.

    Bagi hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga untuk pemenang Panjat Tiang Licin adalah RM500, RM300 dan RM200.

    Untuk pemenang hadiah pertama dan kedua permainan Tarik Tali adalah RM700, RM400 dan RM200 (tempat ketiga dan keempat).

    PKNS HOMES 2024

    Menurut Pengarah Program, Ishak Hashim, PKNS Pilih Karnival merupakan inisiatif kempen gaya hidup oleh PKNS HOMES pada tahun 2024.

    MENARIK:  Farah Lee Merasakan Kecewa Apabila Orang Terdekat Mengkritik Cara Pendidikan Anaknya

    Pada karnival dua hari ini, orang ramai boleh melihat pameran projek hartanah PKNS iaitu Puteri Ariana dan Puteri Ariana 2.

    Kedua-dua projek perumahan itu berkonsepkan kediaman rumah teres dua tingkat sebagai sebahagian daripada usaha PKNS untuk memperluaskan portfolio rumah kontemporari di pusat kota itu.

    Ia bukan sahaja  menawarkan kediaman yang memenuhi keperluan gaya hidup masa kini, pembangunan projek perumahan itu turut memberi tumpuan kepada binaan moden berkonsepkan teknologi hijau atau green element selaras dengan penekanan Perbadanan terhadap konsep kelestarian bagi menyokong amalan ESG dalam setiap pembangunannya.

    Di samping pameran projek perumahan, orang ramai yang datang bersama keluarga juga boleh membuat tempahan pembelian rumah di dua fasa berkenaan.

    10 pembeli Puteri Ariana dan Puteri Ariana 2 yang membuat tempahan (mengisi Borang Pembelian Rumah (BPR-01) semasa dua (2) hari program Pilih Karnival Kota Puteri akan menerima baucar barangan elektrik jenama elektrik Samsung bernilai RM2,000.

    Untuk informasi lebih lanjut hubungi Eksekutif Jualan PKNS di talian 03-50220188 atau WhatsApp 6010-9280187. Layari laman sesawang PKNS di http://www.pkns.gov.my untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai projek-projek hartanah PKNS.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.