25.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Azharina Azhar Memilih Untuk Tidak Berkongsi Masalah Kesihatan Di Media Sosial – ‘Saya Lebih Sukakan Gambaran Saya Sebagai Orang Aktif Tanpa Penyakit’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Penyanyi Azharina Azhar hanya mengharapkan doa yang baik daripada peminat tatkala diuji dengan masalah kesihatan sejak kebelakangan ini.

    Tak nak cakap mengenai masalah kesihatan

    Menerusi temu bual bersama , Azharina berkata, tahap kesihatannya beransur pulih selepas mengambil beberapa jenis ubat-ubatan.

    Daripada apa yang di diagnosis, sejak Disember lalu, saya dah jalani beberapa prosedur dan makan ubat yang sepatutnya untuk mencegah kanser.

    Jadi doktor dan saya sendiri tengok ada perubahan mengenai laporan kesihatan saya. Saya bersyukur banyak perubahan. Cuma saya perlu teruskan penjagaan dari segi pemakanan, cukup tidur dan sebagainya.

    Saya tak boleh terlalu letih dan doktor tak bagi saya stress. Buat masa ini saya minta peminat terus mendoakan saya.

    Tambah anak kelahiran Sabah ini, dia sebenarnya tidak suka untuk berkongsi terlalu banyak mengenai penyakitnya itu. Ini kerana, ada yang berpendapat dia mahu meraih publisti dengan cara sebegitu.

    Niat pertama saya ketika berkongsi masalah kesihatan sebenarnya mahu memberi kesedaran kepada semua orang terutama wanita agar melakukan pemeriksaan dua kali dalam tempoh setahun supaya dapat mencegah sebarang penyakit yang tidak diingini.

    Saya bukan nak meraih simpati atau publisiti. Ada kalanya saya berasa tidak selesa untuk bercakap mengenai masalah kesihatan. Ini kerana, ia akan mengingatkan saya tentang penyakit itu. Seperti yang semua tahu, orang yang ada kanser, tak boleh tertekan mahupun stres. Sebab itu saya jarang berkongsi video atau apa sahaja pasal penyakit.

    Biar saya sendiri dan orang terdekat sahaja yang tahu. Lagipun anak saya masih kecil dan mereka bersekolah. Mereka masih belum tahu apa yang sedang saya lalui. Saya lebih bahagia muat naik video aktif bekerja, pergi pasar dan makan-makan. Biar orang nampak saya aktif seperti tiada penyakit. Baru aura positif itu datang.

    Ujar Azharina lagi, dia tidak perlu menjalani rawatan kemoterapi di hospital sebaliknya, hanya perlu makan ubat kemoterapi sahaja.

    Saya tak buat kemoterapi tapi hanya makan ubat kemoterapi dan kanser. Saya juga ambil ubat stem cell atas saranan doktor.

    Baru habis berlakon

    Azharina yang ditemui pada sidang media Jelajah Konsert Amal, Legends anjuran Persatuan Karyawan Malaysia turut meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang berkongsi pentas dengan beberapa orang penyanyi legenda tanah air di Sabah, nanti.

    Konsert yang bakal berlangsung di Sabah International Convention Centre, 1 November nanti akan menampilkan Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Ramli Sarip, Man Keedal, saya, Jimmy Palikat, Ayu Damit, Mad Sabah, Daniesh Suffian dan Hairee KOOL.

    Konsert ini bertujuan untuk meringankan beban para penggiat seni yang memerlukan.

    Di akhir temu bual, sempat bertanya mengenai perkembangan karier seni pelantun suara ‘Rawan’ ini. Jelas Azharina, jadualnya agak sedikit padat untuk beberapa bulan ini.

    Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama muzikal untuk RTM. Kemudian saya ada beberapa undangan persembahan (private show) di beberapa buah negeri dalam masa terdekat.

    Bukan itu sahaja, saya bakal menghadiri satu majlis bersempena kempen kesedaran untuk kanser. Alhamdulillah, ini semua rezeki untuk anak-anak.

    MENARIK:  [VIDEO] Shuib Dedah Pengalaman Arwah Siti Sarah Pernah Disihir – ‘Dia Bertukar Seperti Gaya Harimau & Jilat Kaki’

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.