26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Azhan Rani Bawa Watak Autisme Sebagai Bilal

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Seperti yang diketahui kita, Bilal bin Rabah dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai muadzin pertama Islam sehingga beliau digelar sebagai ‘muadzin Rasulullah’.

    Kisah ini sentiasa diceritakan dalam kalangan masyarakat, tidak mengira lapisan usia dek kerana keteguhan hati beliau yang sungguh kental menjaga agamanya

    Pemuda autisme kagum dengan Bilal

    Sirah Bilal bin Rabah ini mencetuskan inspirasi kepada syarikat produksi Mache Allstar United Sdn Bhd apabila menghasilkan telefilem khas Aidiladha TV Al Hijrah berjudul Bilal dan Abah arahan Pali Yahya.

    Drama ini mengisahkan Bilal lakonan Azhan Rani, seorang pemuda autisme yang sangat mengagumi Bilal bin Rabah.

    Dia bercita-cita menjejakkan kaki ke Makkah untuk melaungkan azan. Bilal mencari tin dan besi buruk untuk mengumpul wang ke sana.

    Hadir seorang insan bernama Fatihah yang bekerja di syarikat umrah ke kampungnya. Perkenalan Fatihah dengan Bilal dan Abahnya sudah membuka peluang Bilal untuk ke Makkah dengan percuma.

    Namun Abahnya tidak sempat menyaksikannya kerana meninggal dunia. Apakah Bilal berjaya merealisasikan impiannya?

    Selain Azhan Rani, drama ini turut menampilkan Harun Hashim (Abah), Ummi Nazeera (Fatihah), Luqman Hafidz (Jalal) dan Hafiy Al Tamis.

    Naskah istimewa

    Menurut Pali, hasratnya untuk berdakwah melalui naskah Islamik akhirnya tercapai.

    Kata Pali, walaupun dah banyak mengarah, naskhah ini sangat istimewa kerana menjalani penggambaran di Makkah dan Madinah.

    Ia sangat sesuai dengan siarannya di waktu Aidil Adha dan suasana umat Islam mengerjakan Haji.

    Drama ini turut menonjolkan surau berusia lebih 100 tahun di Slim River, Perak sebagai lokasi penggambaran dan ia sangat menarik.

    Tambah Pali, pemilihan pelakon juga amat kena dengan cerita di mana masing-masing memberikan lakonan terbaik.

    Saya dah banyak kali bekerjasama dengan Ummi dan Azhan. Lakonan Azhan sebagai pemuda autisme yang keanak-anakan sangat mencabar tetapi dibawa dengan baik olehnya.

    Harun Hashim pula sudah agak uzur, namun masih mampu memberi lakonan yang mantap dan menyentuh perasaan.

    Sementara itu, penerbit drama ini, Datin Norley Aimi Nadiah Shaari pula berkata, Bilal dan Abah adalah telefilem pertama mereka untuk TV Al Hijrah dan mereka berterima kasih kepada panel TV Al Hijrah yang memilih naskhah ini.

    Ini adalah kali ketiga kami mengadakan penggambaran di Makkah dan Madinah selepas drama Surat Dari Tuhan (TV3) dan Satu Hari Nanti (Iqiyi).

    Kami mempunyai perniagaan di Makkah termasuk rumah di sana menjadikan urusan penginapan dan logistik diurus dengan sempurna.

    Kami berpuashati dengan hasil dan komitmen semua kru termasuk Pali Yahya dan pelakon-pelakon lain. Semoga kami diberi peluang lagi menerbitkan drama yang berunsur islamik.

    Norley Aimi berkata, naskhah seumpama ini perlu diperbanyakkan lagi kerana mempunyai nilai hiburan sambil penonton mendapat mesej yang baik.

    Semoga Bilal dan Abah mendapat sambutan penonton. Malah ia sesuai ditonton seisi keluarga apabila ditayangkan nanti.

    Kami berterima kasih kepada Zabidi Mohamad selaku penasihat penerbitan bagi pihak TV Al Hijrah yang menerima telefilem kami.

    Telefilem hasil karya skrip Azal Ezreen ini akan ditayangkan pada Ahad, 8 Jun, jam 9 malam.

    MENARIK:  Jimat RM7 dengan Setiap Pesanan foodpanda Menggunakan Kod Promo Eksklusif Ini!

    The post Azhan Rani Bawa Watak Autisme Sebagai Bilal first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.