26.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Awie Teruja Akan Timang Anak Ketujuh – ‘Saya Perlu Kembali ke Ibu Kota Sebelum Isteri Masuk Bilik Pembedahan’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Penyanyi, Datuk Awie meluahkan rasa teruja apabila bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan menerusi pembedahan pada 7 Julai ini.

    Isteri bersalin bulan Julai

    Menerusi temu bual bersama , Awie memberitahu dia sudah memilih nama Arjuna buat cahaya mata ketujuhnya itu.

    Saya sudah memilih nama untuk anak ketujuh saya itu. Saya memilih nama Arjuna buatnya. Dia adalah Arjunaku!

    Teruja rasanya hendak menanti kelahiran cahaya mata ini. Jika diikutkan segan pada usia sebegini namun saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah.

    Tambah Awie, dia akan berada di Kelantan beberapa hari sebelum isterinya, Sharifah Ladyana bersalin.

    Mengikut jadual, saya ketika itu berada di Kelantan atas urusan kerja, jadi pada malam itu juga saya perlu pulang ke ibu kota sebelum isteri masuk ke bilik pembedahan.

    Ini adalah antara pengorbanan saya sebagai anak seni. Antara sebab beginilah kenapa saya rasa bersalah pada isteri dan anak-anak. Namun jerih perih kehidupan inilah saya lalui demi mereka.

    Semoga semua diluar sana mendoakan semuanya dipermudahkan dan dilancarkan.

    Terdahulu, Awie yang ditemui pada majlis sidang media Konsert “Journey” Awie: Kombinasi Monolog Dan Persembahan Teatrikal Rai 30 Tahun Perjalanan Karier Seni turut berkongsi mengenai keadaaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.

    MENARIK:  Ayu Raudhah Hamil Anak Ketujuh, Usia Kandungan Sudah 7 Bulan - 'Insya-Allah Saya Akan Bersalin Bulan 7'

    Ujar pelantun suara ‘Bara’ ini, dia masih perlu berhati-hati melakukan aktiviti harian terutama bersenam selepas menjalani pembedahan tersebut.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.