Model Asyraf Dasley bersyukur diangkat sebagai juara Mister Tourism World edisi ke-8 menewaskan peserta-peserta dari benua Eropah, Amerika, Afrika dan Asia.
Bersyukur menang
Pemilik nama lengkap Asyraf Daslet, 35, dinobatkan sebagai juara selepas berjaya menewaskan wakil Vietnam yang diumumkan sebagai juara pada awalnya.
Bagaimanapun, Asyraf agak kecewa kerana tidak dapat meraikan kemenangan itu di atas pentas.
Alhamdulillah saya bersyukur atas kemenangan ini, memang rasa gembira sangat bila pengumuman itu dibuat dan saya sendiri tidak sangka.
Tapi agak sedih apabila kejayaan tersebut tidak dapat diraikan di atas pentas sewaktu hari kejadian.
Apapun saya puji kewibawaan integriti organisasi yang menguruskan pertandingan itu kerana berlaku jujur.
Dalam pada itu, Asyraf membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan tajaan percutian.
Mesej tak senonoh
Berkongsi lebih lanjut, model berusia 34 tahun itu mendedahkan dirinya menerima pelbagai mesej berunsur tidak senonoh menerusi DM atau ‘direct message’ di akaun media sosial miliknya.
Tambahnya, ada juga pihak yang menawarkan sejumlah wang ringgit yang besar hanya untuk tidur bersamanya.
Selepas naik poster saya sebagai pemenang, saya dapat DM yang menawarkan tawaran duit atau bercuti di hotel mewah jika melayan mereka.
Ada yang tawarkan sampai RM50,000 untuk tidur dengan saya selama satu malam.
Lebih mengejutkan apabila kebanyakkan yang DM ialah lelaki, siap ada yang minta nombor akaun bank dan nak buat panggilan video.
Tegasnya, dia enggan melayan walau ditawarkan RM1 juta kerana inggin menjaga maruah diri.