26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Ara Johari Tidak Akan Menerima DM Tak Senonoh Walaupun Bergaya Lebih Feminin – ‘Mungkin Itu Nafsu Lelaki’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    ARA JOHARI

    Penyanyi, Ara Johari mengakui pernah menerima mesej-mesej yang berbaur lucah di media sosial.

    Penampilan tidak beri kesan

    ARA JOHARI 2

    Ketika ditemui Ara atau nama lengkapnya Nurfarrah Izzatie Johari berkata, perkara tersebut telah menyebabkannya tertekan.

    Ara juga tidak menafikan bahawa selebriti lain turut berdepan dengan situasi yang sama.

    Rasanya semua artis pernah dapat direct message (DM) dan komen macam tu. Ada yang cakap pasal benda yang tak senonoh pun ada.

    Ada juga yang hantar gambar tak senonoh dan membuatkan saya stres.

    Ramai je artis yang kena macam tu, tapi saya tak pernah kena lagi secara face to face.

    Nafsu lelaki

    ARA JOHARI 3

    Penyanyi berusia 27 tahun tersebut menegaskan bahawa meskipun penampilannya seperti ‘tomboi’ sebelum ini ia juga tidak menghalang untuk mana-mana individu daripada menghantar mesej-mesej ‘nakal’ kepadanya.

    Masa saya masih berpenampilan ‘kasar’, saya masih lagi terima DM yang tidak senonoh.

    Bila tukar penampilan, itu bukanlah satu sebab sebenarnya untuk tidak terima DM yang seperti itu. Mungkin nafsu lelaki sebegitu.

    Saya tak tahulah kenapa mereka ‘berselera’ sangat dengan saya.

    Menurut Ara, rata-rata dia menerima mesej seperti itu daripada kaum lelaki dan bukanlah daripada mana-mana wanita.

    MENARIK:  Kira-kira 60,000 orang dijangka membanjiri ceramah ustaz Abdul Somad pada Malam Ehsan untuk insan sempena Maal Hijrah

    Ara berkata demikian di sidang media pelancaran single terbaharunya yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

    Susulan itu, pelantun lagu Bunga tersebut mengingatkan semua individu agar berhati-hati dalam setiap tindakan berikutan isu jenayah yang kian merisaukan.

    Tapi sekarang kita memang kena berjaga-jaga tak kisahlah kasar atau tidak, dah tak selamat.

    Dalam perkembangan lain, Ara telah melancarkan lagu terbaharunya berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain yang berkisarkan tentang kekecewaan selepas putus cinta.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.