Pelakon, Anzalna Nasir menegur segelintir netizen agar berhenti mencetuskan kontroversi dengan melagakan dua rakan baiknya, Amira Othman dan Nur Fazura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Sedia Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ibu Tiri Kepada Fatima – ‘Saya Perlu Terima’
Stop berdrama

Menerusi hantaran di Instagram, Anzalna, 37, menegaskan kedua-dua selebriti itu mempunyai keistimewaan tersendiri dan tidak wajar dibandingkan.
Malah, Anzalna menyifatkan Amira dan Fazura wanita hebat selain bersyukur bersahabat dengan mereka.
Janganlah kita cipta drama yang tidak perlu. Saya benar-benar menghormati Fazura dan Amira Othman.
Kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan mereka merupakan wanita hebat, sebab itu saya bersyukur dapat berkawan dengan mereka berdua.
Oleh itu, Anzalna meminta semua mendoakan kebahagiaan buat Amira dan Fazura.
Saya ikhlas mendoakan yang terbaik buat mereka dalam kehidupan, jadi marilah kita berasa gembira untuk semua.
Terdahulu, wujud kecaman selepas Anzalna dilihat menjadi pengiring pengantin atau ‘bridesmaid’ kepada Amira pada majlis pernikahannya bersama Fattah Amin.
Sesetengah pihak mempersoalkan perkara itu kerana Anzalna turut bersahabat baik dengan Fazura, yang juga bekas isteri Fattah.
Selain Anzalna, beberapa selebriti wanita popular lain turut menjadi ‘bridesmaid’ termasuk Ernie Zakri, Qasrina Karim dan Nabila Razali.
Untuk rekod, Amira dan Fattah sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Sepang, Selangor, pada malam Ahad lalu.
Pasangan itu dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan hanya sekali lafaz.
Sumber: Instagram
The post Anzalna Nasir Minta Netizen Henti Lagakan Amira Othman & Fazura – ‘Keduanya Wanita Hebat’ first appeared on OHBULAN!.