33 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 18, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Anzalna Nasir Dedah ‘Followers’ Makin Meningkat – ‘Hati Mereka Baik, Tak Boikot Pun’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon jelita Anzalna Nasir, mendedahkan pengikutnya di media sosial semakin meningkat meskipun berdepan dengan kritikan selepas menjadi pengiring dulang atau ‘bridesmaid’ pada majlis pernikahan Amira Othman bersama Fattah Amin, Ahad lalu.

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Suka Saya Angkat Dulang? Lepas Ini Angkat Kerusi’ – Anzalna Nasir

    Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Minta Netizen Henti Lagakan Amira Othman & Fazura – ‘Keduanya Wanita Hebat’

    Pengikut meningkat

    Menerusi perkongsian di Threads,  Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 37, percaya bahawa perkara tersebut telah membuktikan bahawa rata-rata warganet tidak bertindak memboikot dirinya seperti yang diperkatakan mereka sebelum ini.

    Ya, saya tahu benda ini bukanlah penting sangat tapi saja nak share dengan awak semua.

    Followers saya dekat Instagram dan Thread pun naik, TikTok pun sama.

    Maknanya mereka tak unfollow atau boikot pun. Hati mereka sebenarnya baik, tak buat apa-apa yang digembar-gemburkan.

    Mohon maaf

    Dalam masa yang sama, ibu kepada dua orang anak itu tetap memohon maaf di atas kekhilafan yang telah dilakukannya.

    Jangan marah-marah lagi okay, saya pun nak minta maaf kalau ada salah silap.

    Maruah takkan jatuh pun bila kita merendah diri untuk minta maaf. Sayang semua.

    Terdahulu, tular kecaman daripada segelintir netizen yang mendakwa pembawa dulang pada majlis tersebut bersikap ‘talam dua muka’ kerana turut bersahabat dengan bekas isteri Fattah, aktres Nur Fazura.

    MENARIK:  Anlene ‘Move For More’: Kempen Sihat Dan Fun Bersama Fafau, KJ & AG!

    Selain Anzalna, beberapa selebriti lain yang turut menjadi pembawa dulang ialah Ernie Zakri, Nabila Razali, Wany Hasrita, Qasrina dan Hawa Rizwana.

    Sumber: Threads

    The post Anzalna Nasir Dedah ‘Followers’ Makin Meningkat – ‘Hati Mereka Baik, Tak Boikot Pun’ first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.