33.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 16, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Andy Teh Tak Sempat Bercinta, Sibuk Berlakon & Urus Bisnes – ‘Tak Ada Masa Nak Dating, Bukan Tak Nak Okay’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon Andy Teh mendedahkan jadual hariannya kini cukup padat dengan pelbagai urusan sehingga tiada masa untuk bercinta.

    Artikel Berkaitan: Andy Teh Belajar Mengaji, Fahami Islam Demi Hayati Watak Dalam Filem ‘Abah Saya, Uncle Mike’

    Artikel Berkaitan: Andy Teh Dedah Putus Cinta Selepas Lima Tahun Berkasih – ‘Kami Nak Kahwin Dah Pun’

    Jadual Andy Teh padat

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, pemilik nama Andy Teh Kim Huat memaklumkan bahawa pada bulan ini (Ogos) rutin hariannya dipenuhi dengan pelbagai komitmen termasuk berpindah ke rumah baharu, menguruskan perniagaan, berlakon dan sebagainya.

    Pindah rumah, menubuhkan gym baharu, mengajar kelas, menguruskan pasukan pengurusan Elitez, merakam kandungan, menghadiri mesyuarat serta mengendalikan perniagaan lain.

    Selain itu, pelakon filem Blood Brothers ini mendedahkan dia turut sibuk dengan mempromosikan filem Abah Saya Uncle Mike yang akan ditayangkan di pawagam pada 28 Ogos ini. 

    MENARIK:  [VIDEO] Anak Ahmad Dhani Buat Ibu Terkejut Dengan Pertanyaan - 'Saya Pernah Lalui Fasa Kejahilan, Buat Apa Sembah Allah?'

    Tambah Andy, dia juga sedang mengikuti kelas lakonan untuk filem aksi terbaharunya, Felino yang dijadualkan memulakan penggambaran pada September nanti.

    Tu yang tak ada masa dating. Bukan tak nak okay.

    Kadang-kadang saya tertanya-tanya macam mana saya boleh harungi semuanya setiap hari. Dari awal pagi sampai lewat malam, setiap hari.

    Susulan daripada itu, Andy memohon agar peminat mendoakan dirinya sentiasa sihat untuk terus berjuang sebelum bercuti selama sebulan selepas semua urusan selesai.

    Tolong doakan Andy senantiasa sihat untuk teruskan berjuang untuk bulan ini ya. Lepas ni nak pergi bercuti satu bulan.

    Sumber: Instagram Andy Teh

    The post Andy Teh Tak Sempat Bercinta, Sibuk Berlakon & Urus Bisnes – ‘Tak Ada Masa Nak Dating, Bukan Tak Nak Okay’ first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.