26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Anak Wawa Zainal Sesak Nafas – ‘Adakah Ini Penyakit Ain?’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Anak kepada pelakon dan usahawan Wawa Zainal iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa mengalami sesak nafas secara tiba-tiba.

    Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Risau Wawa Zainal & Hayla Kena Penyakit Ain

    Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Dilema Hayla Sibuk Dengan Kek Batik

    Sesak nafas

    Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin memuat naik keadaan terkini Hayla yang sedang mendapatkan rawatan.

    Kesian anak mama tak ada kahak pun tapi sesak nafas. Dia kata susah nak bernafas.

    Saya pun tak pasti adakah ini yang dinamakan ain? Nauzubillahiminzalik.

    Dalam masa yang sama, Wawa turut memohon maaf andai perniagaan kek batik mereka telah menimbulkan perasaan kurang senang terhadap segelintir pihak.

    Saya minta maaf dan ampun sangat-sangat kalau kehadiran kek batik Hayla membuat sesetengah pihak kurang senang.

    Alhamdulillah saya pun sudah pulih selepas kena gastrik kelmarin tapi Hayla pula yang sesak nafas.

    Penyakit ain?

    Selain itu, aktres berusia 34 tahun tersebut juga meminta bantuan kepada orang ramai cara untuk menghindarkan diri daripada penyakit ain.

    Bagaimanapun, sebagai usahawan, Wawa mengakui sukar untuk melakukan promosi jika tidak menggunakan dirinya dan keluarga sebagai muka hadapan produk mereka.

    Awak semua ada tak amalan untuk hindarkan ain?

    Jangan cakap, ‘jangan posting apa-apa’. Sebagai usahawan kamilah muka hadapan yang kena promote perniagaan.

    Kalau diberi pilihan untuk tak posting saya pun nak, tak perlu ada media sosial pun tak mengapa.

    Tapi apakan daya, siapa lagi nak promote jualan kita kalau bukan kita sendiri.

    Sebelum ini, aktor dan juga suami kepada Wawa iaitu Aeril Zafrel memaklumkan Wawa terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami gastrik yang agak teruk sehinggakan tidak dapat berjalan.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Jodohkan Dengan Aisar Khaled, Ini Jawapan Ria Ricis – ‘Dia Lelaki Baik, Sopan & Kelakar’

    Aeril juga mengesyaki mereka sudah terkena penyakit ain semenjak perniagaan kek batik menjadi tular.

    Aeril juga mendakwa Wawa dan Hayla kerap jatuh sakit selepas perniagaan kek batik mereka mendapat perhatian ramai.

    Sumber: IG Wawa Zainal

    The post Anak Wawa Zainal Sesak Nafas – ‘Adakah Ini Penyakit Ain?’ first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.