26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Anak Sulung Rita Rudaini Masih di Wad Selama Hampir Seminggu, Dedah Sebab Tanggung Kos Rawatan Sendiri

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin berada di hospital hampir seminggu berikutan patah tangan.

    Semua dah selamat

    Berita tersebut dikongsikan oleh Rita sendiri menerusi akaun Instagram miliknya. Menurut Rita, dia berterima kasih kepada semua orang yang berada di sisinya sepanjang anaknya itu berada di hospital.

    Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Hampir seminggu mommy dan adik berumah tangga di hospital. Terima kasih adik korbankan masa sekolah dan aktiviti untuk bersama mommy jaga abang Ryan.

    Mommy selalu pesang kat anak-anak, kita senang sama-sama dan susah pun sama-sama. Kita kena sentiasa ada untuk masing-masing. Terima kasih ahli keluarga selalu ada untuk kami. Terima kasih cikgu, doktor dan jururawat.

    Selain berterima kasih, Rita sempat berkongsi mengenai kisah kos rawatan anaknya itu.

    Kos rawatan Ryan dari mula patah tangan sampailah buka plate, mommy tanggung sendiri bukan insurans.

    Kos rawatan tanggung sendiri

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

    Ujar Rita, segala kos rawatan anaknya itu ditanggung olehnya sendiri.

    Sebelum ini Ryan ada insurans dari baby tapi Mommy tak pernah guna sebab mommy tak pegang. Insurans tu rupanya dah luput hampir 13 tahun sebab pembayarnya sudah berhenti bayar.

    Mommy ada ambil yang lain tapi dah luput masa PKP. Lepas itu mommy nekad buat yang baru dengan syarat akaun yang 13 tahun luput itu kena tutup dulu. Malangnya manusia yang buka akaun tu tak nak bagi kerjasama untuk tutup akaun walaupun tandatangan itu percuma. Walaupun ejen dah beri penerangan kepada manusia terbabit.

    Jadi tak dapat mommy ambil insurans sama syarikat dengan mommy dan adik.

    Tambah Rita, dia akan memberikan yang terbaik buat kedua-dua anaknya itu meskipun berdepan dengan apa jua cabaran.

    Allah maha baik. Dia permudahkan segalanya. Allah hadirkan ramai yang sayang Ryan dan adik. Terima kasih atas doa.

    MENARIK:  [VIDEO] Haliza Maysuri Melabur RM3.5 Juta Untuk Majlis Anak Lelaki, Menantu Memakai 'Swarovski Tiara' Dengan 233 Kristal Jernih

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.