Pelakon, Amir Nafis berpendapat adalah wajar untuk jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali untuk bersuara mengenai sikap sesetengah pempengaruh yang didakwa seakan mencemar nama sukan tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jojo Ghazali Dakwa Pempengaruh & Selebriti Cemar Imej Muay Thai – ‘Jangan Bawa Perangai Ban*ang Kalian’
Amir setuju luahan Jojo

Ketika ditemui , Amir berkata, luahan Johan atau lebih mesra disapa Jojo itu juga sering kali disuarakan petinju profesional luar negara.
Walau bagaimanapun, pelakon filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ turut berpendapat bahawa golongan pempengaruh mempunyai peranan tersendiri dalam mempromosikan suka tersebut.
Sebenarnya benda ini di luar negara pun berlaku. Ada peninju sebenar yang marah kepada pempengaruh yang mahu masuk ke dunia tinju.
Tapi dalam masa yang sama, bila kita tengok pempengaruh-pempengaruh ini buat sukan tu, mereka menaikkan nama sukan tu juga.
Selain itu, ia turut menggerakkan ekonomi industri Muay Thai atau industri tinju. Bagus sahaja kalau mereka membantu menaikkan sukan ni.
Amir berkongsi perkara tersebut pada majlis tayangan perdana filem ‘ParaXnormal’ yang diadakan di GSC IOI Mall, Damansara, baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, Amir yang membesar sebagai seorang anak kepada guru silat menitipkan pesan agar pempengaruh tidak menjadikan sukan tinju sebagai pentas untuk mereka menunjuk-nunjuk.
Cuma, kalau ada pempengaruh yang rasa dirinya memang fighter sebenar dan nak kalahkan semua orang, itu yang jadi masalah.
Tapi kalau tujuan mereka untuk lebih mendedahkan sukan ini kepada masyarakat, itu akan memberi kebaikan juga untuk fighter profesional.
Terdahulu, Johan Ghazali menyorot perhatian apabila meluahkan pendapat mengenai sukan Muay Thai yang cuba diseburi pempengaruh.
Jojo mendakwa segelintir pempengaruh yang memasuki sukan Muay Thai telah mencemari nama baik sukan tersebut.
Psoting Johan Ghazali
The post Amir Nafis Setuju Dengan Luahan Johan Ghazali, Pesan Pempengaruh Jangan Cemar Muay Thai – ‘Naikkan Nama Sukan Tinju’ first appeared on OHBULAN!.