Penyanyi dan usahawan, Amir Hasan, mendedahkan dirinya mengalami masalah gastrik melampau dan penyakit gerd sejak tahun lalu, sehingga pernah ditahan di wad gara-gara tahap oksigen dalam badan yang terlalu rendah.
Artikel Berkaitan: Amir Hasan Luncur ‘Pelangi’, Hasilkan Guna Pengalaman & Imaginasi
Gastrik teruk

Menurut Amir, keadaan kesihatannya itu menyebabkan dia perlu berpantang makan serta mengambil dalam kuantiti kecil mengikut masa yang ditetapkan. Malah, aktiviti harian juga menjadi terhad dan tidak boleh terlalu penat.
Saya ada gastrik yang sangat teruk dan gerd sejak tahun lalu sekali gus menyebabkan saya makan dalam kuantiti yang sedikit. Saya juga tidak boleh makan terlalu banyak dalam satu masa.
Contoh subuh makan sikit, pukul 10 pagi makan sikit, tengah hari makan sikit. Ada waktu-waktu makan yang perlu saya ikut.
Amir berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Restoran Pizzaiolo yang diadakan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Bercerita lanjut, penyanyi berusia 29 tahun itu berkata, keletihan kerja dan tabiat merokok serta vape juga antara faktor yang memburukkan lagi keadaan kesihatannya.
Namun, apa yang paling merisaukan saya ketika ini adalah tahap oksigen, saya terlalu stress bekerja selain kuat merokok serta vape.
Tiga bulan lalu saya telah ditahan di wad disebabkan oksigen dalam badan hanya tinggal 31 peratus sahaja. Apabila oksigen tak cukup, saya rasa nak pengsan.
Rehat menyanyi

Akibat keadaan itu, Amir terpaksa mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada menyanyi, walaupun sukar baginya.
Rentetan itu saya terpaksa berhenti seketika daripada menyanyi, kerana ada satu show saya rasa nafas tidak cukup dan hampir pitam. Nak kata seratus peratus berhenti menyanyi tidak lah.
Menyanyi memang dalam jiwa saya, cuma buat masa sekarang saya dalam tempoh pemulihan. Saya akui keputusan untuk berehat menyanyi ini buat saya rasa sedih.
Sekarang saya fokus kepada bisnes saya iaitu Restoran Pizzaiolo dan produk makanan tambahan yang saya keluarkan, jenis nutribiotik.
Dalam pada itu, bekas peserta Big Stage musim ketiga ini turut mendedahkan berat badannya menyusut secara drastik hingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarganya.
Berat badan saya juga turun mendadak, malah ibu saya juga risau lihat saya terlalu kurus. Saya hilang berat lebih kurang 17 kg. Baju-baju saya yang lama semua besar, saya terpaksa beli baju baru, saya pakai saiz baju budak.
The post Amir Hasan Alami Gastrik Teruk, Sesak Nafas & Berat Badan Turun Mendadak – ‘Terpaksa Berehat Menyanyi’ first appeared on OHBULAN!.