25.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Amar Baharin: Emak Masih Pemilik Sah Geran Tanah, Biarkan Mereka Melakukan Kerja Terbaiknya

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Baru-baru ini, pelakon Amar Baharin meluahkan rasa kecewa dengan pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor yang masih tidak menyelesaikan isu sebidang tanah milik ibu bapanya di Semenyih, Selangor yang didakwa ada dua geran berbeza.

    Tak akan berhenti untuk dapatkan jawapan

    Terbaru, Amar berkata, dia tidak akan berhenti untuk mendapatkan jawapan daripada pihak berkuasa susulan isu tersebut.

    Kemas kini terbaharu daripada pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor adalah nama mak saya, Norhayati Abd Aziz, berusia 62 tahun, masih pemilik sah geran tanah di Semenyih.

    Daripada minggu lalu sehingga Jumaat saya muat naik hantaran di media sosial, seorang pegawai PTG Selangor sentiasa buat kemas kini kepada saya.

    Pegawai berkenaan maklumkan yang mana dia mahu siasat kenapa ada pertindihan atas nama emak saya. Disebabkan Sabtu dan Ahad adalah hari cuti, jadi saya tunggu lagi semalam dan hari ini, tapi masih senyap. Saya tetap akan terus bertanya dan menunggu apa hasil siasatan mereka.

    Saya tanya apa status pihak yang sudah membuat rumah atas tanah emak saya itu, dia juga belum jawab. Begitu juga persoalan adakah mereka akan gantikan tanah emak saya, itu pun masih belum ada jawapan.

    Ujar Amar lagi, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa setiap jawapan yang diberikan pihak berkenaan akan dikongsi di laman sosial.

    Saya memang akan kemas kini di media sosial sebab tidak mahu mereka diam dalam meneruskan siasatan. Biar mereka buat kerja.

    Pada masa sama, saya mahu warganet dan orang ramai tahu perkembangan isu ini. Sebab ada ramai juga yang melalui kes sama macam emak saya ini. Jadi, mereka nak tahu proses yang perlu dibuat.

    Terdahulu, isu dibangkitkan oleh Amar ini turut mendapat perhatian Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, yang mahu PTG berkaitan melakukan siasatan menyeluruh membabitkan dakwaan berkenaan.

    MENARIK:  [VIDEO] Peniaga Durian Menafikan Niat Menunjukkan Badan Sado, Menyatakan Buka Pakaian Kerana Cuaca Panas bukannya Untuk Tujuan Pemasaran

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.