Penyanyi, Siti Sairah enggan memanjangkan isu yang berlaku antara anaknya, Amad Dayyan dengan Shiha Zikir.
Artikel Berkaitan: Shiha Zikir Nasihat Amad Dayyan Jaga Percakapan Dengan Orang Dewasa – ‘Janji, Jangan Ulang Salah Sama’
Guraun adik & akak

Sairah, 42, berkata, Amad sudah memohon maaf kepada Shiha dan menyifatkan apa yang berlaku sekadar gurauan antara adik-beradik.
Insiden itu berlaku sepintas lalu, secara spontan. Ketika itu Amad sedang menjalani sesi latihan dengan Shiha untuk sebuah persembahan pada minggu hadapan.
Kanak-kanak ini ada satu karakter yang suka bergurau dan apa yang berlaku bukan lah satu hal serius.
Amad juga sudah meminta maaf dengan Shiha, bukan satu isu yang perlu diperbesarkan. Hanya gurauan seorang kakak dan adik.
Sairah berkongsi perkara itu ketika ditemui di konsert minggu ketiga Talk To My Manager yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, pada Ahad.
Dalam pada itu, Sairah turut menafikan isu yang timbul merupakan gimik untuk menaikkan nama Amad memandangkan anaknya kini sedang bertanding dalam program Talk To My Manager.
Bukan gimik dan saya sendiri tidak menyangka menjadi tular dalam media sosial.
Saya beritahu Amad ambil iktibar dan jadikan pengajaran, semua yang berlaku adalah proses pembelajaran.
Terdahulu, tular rakaman sesi siaran langsung mendakwa Amad kononnya bercakap kurang sopan dengan Shiha ketika mereka menjalani sesi latihan.
Pelantun lagu Irama itu kemudian menasihati Amad untuk menjaga percakapan dengan orang lebih dewasa.
The post ‘Amad Sudah Minta Maaf Dengan Shiha, Hanya Gurauan Seorang Kakak & Adik’ – Siti Sairah first appeared on OHBULAN!.