30.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Alya Iman Enggan Komen, Nama Kembali Dipetik Sebagai Penyondol – ‘Perkara Yang Sudah Berlalu’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon Alya Iman enggan memberi komen apabila namanya dikaitkan antara selebriti yang terlibat menjalinkan hubungan dengan suami orang.

    Tak baca komen

    Ketika ditemui , pemilik nama Alya Ziman Azmil, 24, enggan mengenang perkara yang sudah berlalu malah tidak membaca komen netizen di media sosial.

    Kalau orang nak melibatkan nama saya, ia adalah di luar kawalan saya. Perkara yang sudah berlalu, dah pun berlalu.

    Saya tak nak komen apa-apa pun sebab sejujurnya saya tidak baca pun.

    Saya tak baca komen negatif malah setiap komen di media sosial saya pun kadang kala saya tak baca semua komen ditulis.

    Bagi saya perkara ini tidak penting dan ia tidak memberi kesan kepada saya.

    Alya berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran drama Pabila Dia Tersenyum yang diadakan di Sunway Pyramid, Selangor pada Selasa.

    Percaya pada rezeki tuhan

    Ketika ditanya sama ada dakwaan itu dibuat kerana terdapat individu yang cuba untuk menjatuhkannya, Alya berkata dia percaya setiap rezeki itu ditentukan oleh Allah SWT.

    Saya tidak tahu dan saya tak rasa pun ada pihak yang mahu menjatuhkan saya.

    Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Saya hanya buat yang terbaik dan kerja saya. Rezeki itu tetap akan ada walau macam mana orang nak menjatuhkan kita.

    Terdahulu, netizen mengaitkan beberapa nama selebriti yang didakwa menjadi perampas suami orang dan antara yang menjadi sebutan adalah Alya.

    Perkongsian itu dibuat di laman Threads berhubung kisah rumah tangga seorang pempengaruh media sosial.

    MENARIK:  Jimat Elektrik dan Lindungi Keluarga: Panasonic Pilihan Terbaik untuk Rumah Anda

    Pada tahun 2020, Alya dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan berstatus suami orang.

    Perkara itu diketahui ramai selepas isteri ahli perniagaan tersebut membongkarnya menerusi Instagram mendakwa suaminya berhubungan Alya.

    Dakwa wanita itu, Alya sudah setahun suaminya menjalin hubungan sulit dengan suaminya.

    Pun begitu, Alya mengakui bahawa dakwaan tersebut adalah benar dengan mengatakan sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac 2020.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.