Usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri menetapi janji dengan menghadiahkan kepada anak ketiganya, Ibraheem Adham sebuah telefon bimbit.
Aliff tepati janji
Menerusi TikTok, Aliff memaklumkan pemberian tersebut dibuat sempena umur anaknya yang ketika ini sudah berusia 13 tahun.
Perjelas Aliff, dia memilih untuk tidak membenarkan Ibraheem untuk mempunyai telefon bimbit sebelum ini kerana tidak mahu anaknya itu leka dengan gajet.
Hari ini genap umur 13 tahun, baru abah belikan telefon sebab abah tak nak Baem terlalu alpa dengan gajet.
Abang juga nak Baem belajar menghargai, sesuatu barang itu bukan mudah nak dimiliki.
Selalu juga dia cakap, ‘Kenapa Baem tak ada sedangkan kawan-kawan ada telefon.
Saya selalu beritahu sabar belum masanya lagi. Sekarang impian Baem nak ada telefon sendiri dah tercapai.
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih lebih 1 juta tontonan dan lebih 58,000 tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Aliff membesarkan anak-anaknya.
Netizen juga menyifatkan Aliff sebagai seorang yang merendah diri kerana hanya membelikan Ibraheem telefon bimbit keluaran lama meskipun berstatus jutawan.