Susulan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dan pasangannya yang dikatakan seorang pelakon wanita enggan membuka pintu unit, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk hadir ke sebuah kondominium mewah, di ibu negara, awal pagi Sabtu.
Tiga jam tunggu
Memetik laporan Harian Metro, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit.
Dalam operasi yang bermula kira-kira jam 10.30 malam tadi itu, pasukan penguat kuasa Jawi tiba dengan dua van.
Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.
Terdahulu, adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff Aziz adalah individu yang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita.