Selepas hampir empat dekad mewarnai dunia seni, penyanyi legenda yang terkenal dengan lagu-lagu balada malar segar, Datuk Aishah menghadiahkan peminat dengan buah tangan terbaharunya berjudul ‘Taman Keabadian’.
Ia merupakan sebuah karya penuh penghayatan dan sarat dengan emosi ciptaan komposer berbakat besar, Senna.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aishah Buat Konsert ‘Free’, Hiburkan Pemandu Sangkut ‘Traffic Jammed’ Depan Rumah
Artikel Berkaitan: Aishah Hilang 52 Kg Selepas Buat Pembedahan Bariatrik, Dedah Kualiti Suara Masih ‘Mantap’
Tema perpisahan
View this post on Instagram
Lagu yang menggamit jiwa ini bukan sahaja menjadi hadiah buat peminat setianya, tetapi juga satu simbol keutuhan Aishah dalam dunia seni seorang artis yang terus relevan, terus berkarya dan terus menyentuh hati generasi demi generasi.
Lagu Taman Keabadian menyentuh tema perpisahan dengan insan-insan yang tersayang, sama ada ibu bapa, keluarga, sahabat mahupun teman seperjuangan yang telah pergi.
Hanya keyakinan kita akan bertemu semula di negara abadi kelak dapat sedikit sebanyak mengubat kerinduan dan luka di hati. Berdoalah dan yakinlah kerana kita juga pasti menyusul dan bertemu semula di sana…di sebuah tempat dinamakan Taman Keabadian.
Jiwa seorang penyanyi

Menurut Senna, proses menghasilkan lagu ini sangat peribadi dan istimewa bagi dirinya. Dia memilih Aishah sebagai penyanyi kerana yakin hanya suara dan jiwa penyanyi ikonik ini mampu menyampaikan makna lagu tersebut dengan sempurna.
Lagu ini begitu peribadi buat saya. Ia menuntut penyampaian yang bukan sekadar teknikal, tetapi penuh penghayatan dan spiritual.
Saya yakin hanya Aishah sahaja yang dapat membawa roh lagu ini dengan begitu mendalam. Dia menyanyi bukan hanya dengan suara, tetapi dengan seluruh jiwa.
Buat semua peminat dan pencinta muzik tanah air, Aishah menitipkan harapan agar lagu ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi kekuatan dan ketenangan kepada mereka yang sedang melalui kehilangan.
Saya tujukan lagu ini kepada semua yang merindui insan-insan tercinta yang telah pun pergi ke negara abadi.
Semoga lagu ini juga dapat menjadi teman dalam setiap doa dan pengubat jiwa buat mereka yang memerlukan semangat. Ini adalah hadiah saya buat anda semua.
The post Aishah Hadiahkan Peminat ‘Taman Keabadian’, Ubat Kerinduan & Luka Hati first appeared on OHBULAN!.