30.2 C
Kuala Lumpur
Monday, September 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Aina Abdul Dominasi AIM 24, Dayang Nurfaizah Rangkul Trofi Album Terbaik & Terima Habuan RM200k

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Belagu 2 telah dinobatkan sebagai Album Terbaik pada malam Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM 24) yang diadakan secara langsung di Arena Of Stars, Genting Highland pada Sabtu.

    Artikel Berkaitan: AIM24 Kembali Selepas Tiga Tahun, Tampil Gah Dengan Barisan Penyampai & Persembahan Bertaraf Antarabangsa

    Artikel Berkaitan: AMT2025 Lebih Meledak, Janjikan Persembahan Eksklusif & Barisan Penyampai ‘A-List’ Atas Pentas

    Dayang Nurfaizah & Aina Abdul menang

    Kemenangan Dayang menerusi kategori Album Terbaik pada malam anugerah itu sekaligus melayakkannya membawa wang tunai sebanyak RM200,000 menerusi peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures (MyCV).

    Penganjuran AIM 24 kali ini juga menyaksikan lagu Jangan Mati Rasa Itu dendangan Aina Abdul telah dinobat sebagai Lagu Terbaik yang turut menerima DKK sebanyak RM50,000.

    Dalam masa yang sama, Aina juga merangkul kemenangan menerusi kategori Lagu Pop Terbaik, Vokal Terbaik dan Rakaman Album Terbaik.

    Selain itu, pemenang bagi kategori ‘Artis Baru Terbaik’, ‘Lagu Etnik Terbaik’, ‘Lagu Nasyid Terbaik’, ‘Lagu Tradisional Terbaik’, ‘Lagu Perpaduan Terbaik’, ‘Lagu Inggeris Tempatan Terbaik’, ‘Lagu Cina Tempatan Terbaik’, ’Lagu India Tempatan Terbaik’ dan ‘Video Muzik Terbaik’ turut menerima dana berjumlah RM50,000 setiap satu.

    Berikut kongsikan senarai penuh pemenang bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan di AIM 24. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

    1. Album Terbaik – Belagu 2 (Dayang Nurfaizah – Aubrey Suwito)
    2. Lagu Terbaik – Jangan Mati Rasa Itu  (Aina Abdul)
    3. Artis Baharu Terbaik – Ryenald Guntabid
    4. Vokal Lelaki Terbaik – Ryenald Guntabid (Lumangad Oku Dika)
    5. Vokal Wanita Terbaik – Aina Abdul ( Jangan Mati Rasa Itu)
    6. Vokal Kumpulan Terbaik – In-Team Nasab Nabi)
    7. Kugiran Terbaik – Mahfidz
    8. Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik – Faizal Tahir & M. Nasir (Campak Bintang)
    9. Video Muzik Terbaik – Voodoo (KRU)
    10. Runut Bunyi Terbaik dalam Filem atau Drama – Hasrat ( Amir Jahari – OST Imaginur)
    11. Lagu Rock Terbaik – Saksama ( Akim & The Majistret)
    12. Lagu Pop Terbaik – Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)
    13. Lagu Rap/Hip Hop Terbaik – Dannok (Salammuzik ft Namewee)
    14. Lagu Pop Elektronik / Dance Terbaik – Mimifly (Angkat)
    15. Lagu Bahasa Inggeris Terbaik – My Home Is Where Your Heart Is (Daiyan Trisha)
    16. Lagu Bahasa Cina Terbaik – Divorce In Ghanna (Firdhaus)
    17. Lagu Bahasa India Terbaik – Pothum (Sheezay Hashmita)
    18. Lagu Melayu Terbaik oleh Artis Luar Negara – Bertengkar Manis (Barsena Bestandhi & Rossa)
    19. Kolaborasi Artis Tempatan bersama Artis atau Komposer Luar Negara Terbaik – Masing Masing (Ernie Zakrie & Ade Govinda)
    20. Lagu Nasyid Terbaik – Biar Satu Dunia Tahu (Faizal Tahir & Mirwana)
    21. Lagu Etnik Terbaik – Cinta Setandan Pisang (Den Manjo & Eda Ezrin)
    22. Lagu Perpaduan Terbaik – Lagu Bendera (Faizal Tahir)
    23. Lagu Tradisional Terbaik – Canda Citra Cinta (Hazra)
    24. Kulit Single / Album Terbaik – Iman ( Irfan Ramos)
    25. Rakaman Album Terbaik – Imaji Deluxe Edition (Aina Abdul)
    26. Rakaman Lagu Terbaik – Aura (Ernie Zakri)
    27. Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu – Rindu Menyapa (Dayang Nurfaizah)
    28. Lagu Paling Tinggi di Strim – Masing Masing ( Ernie Zakri & Ade Govinda)
    29. Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube – Sayunk I Love You (Chombi)
    30. Lagu Paling Tinggi Ditonton di TikTok – Santai (Faizal Tahir)
    31. Anugerah Khas Sri Wirama – Datuk Seri Siti Nurhaliza 

    MENARIK:  Video: Neelofa Membalas Dakwaan Tidak Bertimbang Rasa Ketika Memberi Pendapat - 'Topik Mengenai Mak Ayah Tidak Mudah Untuk Diperdebatkan'

    AIM 24 dikendalikan oleh duo pengacara popular iaitu Alif Sattar dan Sherry Alhadad.

    Untuk makluman, anugerah berprestij itu diketuai oleh juri iaitu Datuk Mokhzani Ismail.

    Proses penjurian dibahagikan kepada tiga fasa yang bermula sejak Julai lalu dengan menerima sebanyak 862 penyertaan bagi 30 kategori yang dipertandingkan.

    Ia dilakukan secara telus bersama 132 juri lain yang merangkumi penulis lirik, komposer, pengarah video, grafik serta pelbagai pakar lain.

    The post Aina Abdul Dominasi AIM 24, Dayang Nurfaizah Rangkul Trofi Album Terbaik & Terima Habuan RM200k first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.