26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Ain Sufia Jalani Kisah Sejarah dengan Amalan Doa – ‘Ya Allah, Jadikan Aku Watak Ini dalam Realiti’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon Ain Sufia mengakui dia berasa risau untuk membawa watak Dang Anum yang akan dipersembahkan pada pementasan teater Dang Anum (The Untold Story) tidak lama lagi.

    Kejadian mistik

    Ketika ditemui , Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Othman mendedahkan dia pernah mengalami kejadian mistik sebelum ini sehingga menyebabkan dirinya berasa takut.

    Saya ambil pengajaran untuk berjaga-jaga kali ini. Sebelum berlakon saya akan berdoa.

    Sebab pernah terjadi kejadian kepada orang dahulu iaitu apabila dia melakonkan sesuatu watak itu kemudian terbawa-bawa dalam kehidupannya sehingga habis hayat. Jadi saya tak nak berlaku begitu.

    Walaupun latihan, kita akan hari-hari bercakap. Itu yang membuatkan saya sangat takut untuk kali ini.

    Justeru itu, pelakon berusia 36 tahun tersebut mengambil pendekatan dengan mengamalkan doa sebelum membuat persembahan selain menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

    Setiap kali latihan ataupun persembahan saya akan berdoa, ‘Ya Allah ya tuhan ku, Alhamdulillah, Kau kurniakan bakat ini untuk aku bekerja tetapi pisahkanlah ia dengan kehidupan peribadi.’

    Sepanjang di dalam kereta dan bersendirian, saya berdoa, ‘Ya Allah, aku jadi watak Dang Anum ini hanya untuk berlakon sahaja, habis latihan dan persembahan, aku adalah diri aku.’

    Ketika pergi dan balik daripada latihan, saya akan ambil masa 10 minit untuk berdoa.

    Semasa disoal adakah dirinya risau jika terkena badi, bekas peserta Bintang Mencari Bintang itu mengakuinya berikutan dia gusar andai perkara yang sama berlaku kepada watak tersebut menjadi realiti di dalam kehidupannya.

    Orang ini (Dang Anum) dia wujud dan pernah hidup. Saya takut ia akan memakan diri dengan kisah itu juga.

    Dang Anum ada masalah dengan pembesar dan mengalami sakit ketika bersalin, jadi saya takut sangat serta tak mahu hal yang sama berlaku kepada diri sendiri.

    Saya akan selalu beristighfar.

    Pementasan teater

    Diberi tanggungjawab yang sama pada pementasan teater kali ini, Ain berkata, antara cabaran yang perlu dihadapinya adalah berlakon dengan pendatang baharu yang mempunyai perbezaan umur di antara mereka.

    Kekok juga, tapi kena profesional. Mereka takut-takut tapi saya faham mereka sebenarnya menghormati kami.

    Watak ini saya pernah bawa tahun lalu jadi untuk kali ini saya hanya perlu menambah baik.

    Penambahbaikkan tersebut hampir 40% daripada pementasan tahun lalu.

    Teater Dang Anum (The Untold Story) adalah projek pementasan teater melalui GSSK di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 September 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.

    MENARIK:  [VIDEO] Mengapa Father's Day Diperuntukkan kepada Mama?, Karena Cik B Tidak Memiliki Ayah.

    Selain Ain, teater ini bakal menampilkan barisan pelakon seperti, Along Eyzendy, Adam Shahz, Ain, AG Hafiz Hotfm, Affan Mohd, Md Husin, Karl Dannish dan Zalif Sidek.

    Tiket akan mula dijual pada 25 Ogos 2024, dengan harga antara RM25 hingga RM65.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.