32.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 10, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    AIM24 Kembali Selepas Tiga Tahun, Tampil Gah Dengan Barisan Penyampai & Persembahan Bertaraf Antarabangsa

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Anugerah berprestij iaitu Anugerah Industri Muzik Ke-24 (AIM24) kembali menwarnai industri hiburan tempatan apabila bakal bersiaran secara lansung pada 13 September ini.

    Artikel Berkaitan: AMT2025 Lebih Meledak, Janjikan Persembahan Eksklusif & Barisan Penyampai ‘A-List’ Atas Pentas

    Alif Satar & Sherry Alhadad hos AIM24

    Selepas lebih tiga tahun tidak diadakan, anugerah berprestij itu akan dikemudi duo pengacara terkenal iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad.

    Lebih menarik, anugerah yang akan diadakan secara langsung di Arena of Stars, Genting itu juga akan dimeriahkan dengan persembahan daripada artis dalam dan luar negara serta barisan penyampai trofi yang terkenal.

    Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Pengerusi RIM dan Jawatankuasa Penganjur AIM24, Encik Rosmin Hashim dalam satu sidang media yang diadkaan di Premiera Hotel Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Menurut Rosmin, pemilihan hos, para penghibur dan penyampai trofi itu dibuat berdasarkan kemampuan mereka dalam industri muzik tanah air selain ada kaitan dengan kandungan AIM24 itu sendiri yang bertemakan ‘Kemuncak Segala-Galanya’.

    Persembahan artis terkenal

    Antara artis yang akan membuat persembahan pada malam kemuncak AIM24 nanti termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Ade Govinda, Black Hanifah dan ramai lagi. 

    Lebih menerujakan apabila ‘girl group’ terkenal iaitu Dolla bakal melakukan persembahan istimewa bersama bintang hip-hop Thailand, Tobii sekaligus membuktikan bahawa pengaruh kumpulan yang terdiri daripada Sabronzo, Angel dan Tabby itu semakin bersinar di peringkat global.  

    AIM 24

    Pada malam kemuncak itu nanti, sejumlah 30 kategori secara keseluruhan akan dipertandingkan dengan 11 pemenang daripadanya akan menerima ganjaran berjumlah RM700,000 menerusi peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures (MyCV).

    MENARIK:  Fauziah Nawi Bersyukur Dapat Tajaan Umrah Daripada Yayasan Milik Siti Nurhaliza – Tetapi Menolak Dengan Rendah Diri.

    Pemenang kategori ‘Album Terbaik’ akan menerima dana sebanyak RM200,000 manakala kategori ‘Artis Baru Terbaik’, ‘Lagu Etnik Terbaik’, ‘Lagu Nasyid Terbaik’, ‘Lagu Tradisional Terbaik’, ‘Lagu Perpaduan Terbaik’, ‘Lagu Inggeris Tempatan Terbaik’, ‘Lagu Cina Tempatan Terbaik’, ’Lagu India Tempatan Terbaik’, ‘Lagu Terbaik’ dan ‘Video Muzik Terbaik’ akan menerima dana berjumlah RM50,000 setiap satu.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan malam kemuncak AIM bakal bersiaran pada 13 September ini, jam 9 malam secara langsung di RTM2.

    Anda juga boleh menyaksikan secara atas talian melalui portal RTM Klik.

    The post AIM24 Kembali Selepas Tiga Tahun, Tampil Gah Dengan Barisan Penyampai & Persembahan Bertaraf Antarabangsa first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.