26 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 16, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Aeril Zafrel, Wawa Zainal Didik Anak Berdikari Elak Buli & Kawal Penggunaan Gajet – ‘Hayla Lantang, Dia Akan Balas Komen Negatif’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Rentetan kes buli di sekolah yang kian mendapat perhatian ramai, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal turut cakna dengan perkembangan anak-anak mereka.

    Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Risau Wawa Zainal & Hayla Kena Penyakit Ain

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Hadiahkan ‘Chiller’ Kepada Haura, Sokong Minat Anak Jadi ‘Baker’

    Nasihat untuk anak-anak

    Ketika ditemui , Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 36, berkata, dia dan isteri sering memantau, membimbing serta menasihati anak-anak supaya terhindar daripada sebarang perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

    Kita kena faham yang anak kita tak boleh terlalu bergantung harap dengan ibu bapa sahaja, kita kena ajar dia untuk berdikari juga.

    Tetapi kita juga haruslah memberi bimbingan dan jangan hanya sekadar bercakap sahaja.

    Beri mereka jalan penyelesaian jika sesuatu perkara yang tak diingini berlaku dan apa yang perlu mereka lakukan.

    Selalunya orang yang pendiam akan dibuli, jadi ada baik dan buruknya juga jika anak-anak bersifat pendiam.

    Mereka akan mudah dibuli, ada yang tak mahu berkawan..jadi kami akan menasihati anak-anak supaya bergaul dengan kawan-kawan.

    Kalau ada kawan yang membuli, kami nasihatkan dia supaya beritahu cikgu dan jangan sesekali selesaikan sendiri.

    Bagaimanapun, Aeril dan Wawa bersyukur kerana anak-anak mereka tidak pernah berdepan dengan gejala buli di sekolah.

    Setakat ini, mereka tak pernah mengadu apa-apa tapi kami selalu bertanya sama ada mereka dibuli atau tidak di sekolah.

    Kalau ada sekalipun, kami akan terus berhubung dengan cikgu.

    Aeril berkata demikian seusai menghadiri ke Podcast Show Dalam Bilik yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Orang Gemuk Tak Lawa, Tak Handsome & Tak Dihormati’ – DMA Islam

    Pantau penggunaan gadjet

    View this post on Instagram

    A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

    Dalam masa yang sama, pasangan usahawan itu juga mengambil pendekatan dengan memantau penggunaan gadjet terhadap anak-anak mereka.

    Kami tak benarkan mereka guna gadjet dari Isnin sampai Jumaat, semasa cuti sekolah sahaja mereka boleh guna.

    Tambah pelakon filem Abnormal Buas itu lagi, mereka menyifatkan anak kedua iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, sebagai seorang yang defensif ketika berdepan dengan warganet.

    Hayla seorang yang lantang juga, kalau ada yang komen negatif di media sosial kami dia akan balas dan marah balik individu itu.

    Kami katakan kepadanya, tak perlulah balas komen biarkan sahaja.

    Untuk rekod, Aeril mendirikan rumah tangga bersama Wawa pada tahun 2013.

    Selain Hayla, mereka turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri.

    The post Aeril Zafrel, Wawa Zainal Didik Anak Berdikari Elak Buli & Kawal Penggunaan Gajet – ‘Hayla Lantang, Dia Akan Balas Komen Negatif’ first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.